Realisme di dalam filem Birdman (2014): kajian terhadap aspek estetika / Muhammad Roshede Basri

Tesis ini bertujuan untuk menganalisis filem Birdman (2014) dari perspektif ahli teori filem yang berpengaruh seperti Andre Bazin terhadap konsep realisme di dalam bukunya What is Cinema Volume 1&2. Pemasalahan yang dapat dikenalpasti adalah terdapat percanggahan teori realisme melalui pentafsir...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Basri, Muhammad Roshede
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2016
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16868/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16868/2/PPb_MUHAMMAD%20ROSHEDE%20BASRI%20FF%2016_5.pdf
Description
Summary:Tesis ini bertujuan untuk menganalisis filem Birdman (2014) dari perspektif ahli teori filem yang berpengaruh seperti Andre Bazin terhadap konsep realisme di dalam bukunya What is Cinema Volume 1&2. Pemasalahan yang dapat dikenalpasti adalah terdapat percanggahan teori realisme melalui pentafsiran imitasi realiti yang dibawa masuk ke dalam filem. Objektif kajian ini menumpukan terhadap aspek estetika dan menganalisis kajian-kajian terdahulu melalui konteks pengunaan realisme di dalam filem. Terdapat perkaitan di antara filem dilihat sebagai satu seni: pendekatan imitasi realiti ke dalam filem serta penggunaan teknik manipulasi editing yang digabungkan bersama long take iaitu memaparkan filem tersebut tanpa mempunyai potongan babak continuous shot. Adakah pengarah cuba untuk memecah tembok bagi satu ‘movement’ yang baru atau memanjangkan lagi tempoh penggunaan realisme? Kajian ini, menumpukan pendekatan melalui kualitatif untuk memperoleh data-data yang dikehendaki ketika kajian ilmiah ini dijalankan. Maklumat dari kajian ini akan dikupas melalui pemerhatian terhadap visual di dalam filem Birdman (2014) melalui teori-teori dari barat.