The Roommate (2011) : permasalahan obsesi watak utama melalui teori psikoanalisis / Noor Nazurah Zulkepli

Kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan obsesi melalui watak utama (Rebecca) di dalam filem The Roommate (2011), arahan Christian E.Christiansen. Kajian ini akan mengupas permasalahan obsesi melalui keperibadian, pemikiran dan kelakuan Rebecca dan ia akan dikaitkan dengan teori Sigmund Freud...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zulkepli, Noor Nazurah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2016
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16869/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16869/2/PPb_NOOR%20NAZURAH%20ZULKEPLI%20FF%2016_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan obsesi melalui watak utama (Rebecca) di dalam filem The Roommate (2011), arahan Christian E.Christiansen. Kajian ini akan mengupas permasalahan obsesi melalui keperibadian, pemikiran dan kelakuan Rebecca dan ia akan dikaitkan dengan teori Sigmund Freud. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan obsesi yang dapat mengubah keperibadian watak utama di dalam filem The Roommate (2011) dan menjelaskan punca permasalahan obsesi ini terjadi di dalam diri Rebecca. Tambahan itu, ia juga akan membincangkan psikologi daripada sudut mise-en-scene. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan maklumat dan fakta. Daripada analisis yang telah dilakukan, keperibadian seseorang individu adalah dipengaruhi oleh tiga aspek utama daripada teori psikoanalisis yang diasaskan oleh ahli psikologi iaitu Sigmund Freud. Tiga aspek tersebut ialah aspek Id yang dipengaruhi oleh faktor biologi, aspek Ego yang dipengaruhi oleh faktor psikologi dan akhir sekali daripada aspek Superego yang dipengaruhi oleh faktor sosiologi seseorang individu tersebut. Kajian ini berharap agar dapat menjadi panduan di dalam bidang perfileman yang menerapkan kaedah psikologi di dalam filem.