Kritikan sosial dalam filem Hantu Gangster (2012) / Nurhatikah Ahmad

Latar belakang penelitian ini didasari oleh tarikan penulis terhadap kritikan sosial yang diterjemahkan ke dalam filem. Filem yang bersifat provokatif dilihat lebih serius dalam konteks kajian kritikan sosial di dalam filem. Kritikan sosial dalam filem merupakan suatu perkara yang sangat penting ker...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Nurhatikah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2016
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16870/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16870/2/PPb_NURHATIKAH%20AHMAD%20FF%2016_5.pdf
Description
Summary:Latar belakang penelitian ini didasari oleh tarikan penulis terhadap kritikan sosial yang diterjemahkan ke dalam filem. Filem yang bersifat provokatif dilihat lebih serius dalam konteks kajian kritikan sosial di dalam filem. Kritikan sosial dalam filem merupakan suatu perkara yang sangat penting kerana filem merupakan sebahagian daripada cerminan masyarakat. Kajian ini cuba meneliti sebuah filem Hantu Gangster (2012), yang merupakan usaha Namewee mengambil pendekatan untuk mengkritik sosial masyarakat dan hegemoni di Malaysia dengan menghubungkan genre komedi serta merujuk kepada latar sejarah Malaysia sebagai metafora bagi mengambarkan kepincangan dan kritikan terhadap sosial masyarakat dan institusi yang terlibat. Oleh itu, kajian ini akan mengenalpasti kritikan sosial yang terdapat dalam filem Hantu Gangster (2012) menerusi watak dan naratif yang dipaparkan serta menganalisis dan mengintepretasikan kritikan sosial berpandukan teori hegemoni. Kajian ini akan mengunakan kaedah kualitatif iaitu penulis mengumpul dan menganalisis data menerusi filem Hantu Gangster (2012).