Istiadat Konvokesyen Ke-86 : 15-20 April 2017 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke- 86 berjaya dianjurkan dengan jayanya. Istiadat konvokesyen merupakan tradisi keilmuan yang gilang-gemilang untuk meraikan kejayaan graduan yang berjay...

Full description

Bibliographic Details
Format: Book
Language:English
Published: Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat, UiTM 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17344/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17344/2/BK_ISTIADAT%20KONVOKESYEN%2086_17.pdf
Description
Summary:Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke- 86 berjaya dianjurkan dengan jayanya. Istiadat konvokesyen merupakan tradisi keilmuan yang gilang-gemilang untuk meraikan kejayaan graduan yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para graduan kerana telah berjaya mencapai kejayaan menggenggam segulung ijazah pada hari yang bersejarah ini. Kejayaan ini sudah menjadi permulaan bagi fasa kehidupan saudara-saudari seterusnya iaitu di alam pekerjaan. Pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-86 ini, UiTM telah menambah lagi alumninya. Ini menunjukkan betapa UiTM telah banyak memberi peluang pendidikan tinggi kepada bangsa Melayu dan bumiputera sejak ditubuhkan pada 1956. Malahan, UiTM bukan sahaja berupaya mencetus ledakan dari sisi penyampaian pendidikan tinggi secara berkesan, budaya kerja, peningkatan prestasi, bahkan juga menjadi penyumbang besar kepada modal insan negara iaitu sebanyak 42 peratus, berbanding universiti awam lain. Dalam pada itu, selain memperkukuh pembangunan akademik menerusi bidang tujahan, para pelajar turut diberi pendedahan dalam bidang keusahawanan- nilai tambah yang mempersiapkan mereka dengan kemahiran khusus sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ini selaras dengan lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pengajian Tinggi untuk melahirkan graduan holistik yang bercirikan keusahawanan dan seimbang