Pemikiran matematik orang Melayu Terengganu dalam pembentukan corak tenunan songket / To' Puan Prof Madya Dr Rokiah Embong … [et al.]

Kajian ini merupakan kajian dalam bidang Etnomatematik iaitu satu sub-bidang matematik yang agak baru dikembangkan di Malaysia. Etnomatematik merujuk pengkajian tentang matematik yang dibina oleh penduduk dari pelbagai bangsa atau kaum yang mempunyai budaya masing-masing. la membabitkan kajian tenta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Embong, Rokiah, Maidinsah, Hamidah, Abd Wahad, Zubaidah, Abdul Aziz, Nor Maizan
Format: Research Reports
Language:English
Published: Research Management Institute (RMI) 2012
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17751/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17751/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17751/2/LP_ROKIAH%20EMBONG%20RMI%2012_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan kajian dalam bidang Etnomatematik iaitu satu sub-bidang matematik yang agak baru dikembangkan di Malaysia. Etnomatematik merujuk pengkajian tentang matematik yang dibina oleh penduduk dari pelbagai bangsa atau kaum yang mempunyai budaya masing-masing. la membabitkan kajian tentang pemikiran matematik kaum tertentu dalam tradisinya atau sub-budayanya termasuklah pemikiran mereka tentang nombor, corak, dan pemikiran logik. Industri tenunan songket merupakan salah satu industri tekstil Melayu yang unik khususnya di negeri Terengganu dan Kelantan. Penghasilan corak songket memerlukan daya kreativiti, imaginasi yang tinggi dan pemikiran yang jelas oleh penenunnya. Bagi seorang penenun, ilham melakar motif dan corak tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi dan unik. Corak dalam tenunan songket turut melambangkan penghayatan terhadap alam sekitar serta suasana dalam masyarakat. Misalnya, motifmotif yang berasaskan flora dan fauna, ruang dan jarak antara motif dan bilangan genap dalam ulangan motif menunjukkan pentingnya kesepaduan masyarakat tersebut. Kebanyakan corak terhasil mempunyai bentuk-bentuk geometri serta menggunakan konsep-konsep matematik. Dengan itu, pemikiran matematik dan seni merupakan satu gabungan yang indah dalam melahirkan modal insan yang tinggi nilainya.