Keindahan tengkolok getam pekasam warisan kesultanan Perak Darul Ridzuan / Liza Marziana Mohamad Noh...[et.al]

Tengkolok merupakan salah satu hiasan kepala lelaki Melayu yang amat terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Setiap negeri memiliki reka bentuk tengkolok yang berbeza walaupun mempunyai nama yang sama. Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebahagian daripada negeri di tanah Melayu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Noh, Liza Marziana, Abdul Manan, Salina, Hamzah, Azni Hanim, Ismail, Noor Hafiza, Sabran, Mohd Hafiz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19875/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19875/1/PRO_LIZA%20MARZIANA%20MOHAMAD%20NOH%20M%2016.pdf
Description
Summary:Tengkolok merupakan salah satu hiasan kepala lelaki Melayu yang amat terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Setiap negeri memiliki reka bentuk tengkolok yang berbeza walaupun mempunyai nama yang sama. Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebahagian daripada negeri di tanah Melayu yang memiliki reka bentuk tengkolok yang tersendiri. Persoalannya adakah reka bentuk tengkolok di negeri Perak itu indah? Bagi menjelaskan perkara ini penulis menggunakan penelitian kualitatif dengan pendekatan kebudayaan iaitu dengan mengumpul data-data bertulis ataupun visual. Kaedah wawancara dan observasi digunakan dalam mengumpul data mengenai tengkolok di negeri Perak. Hasil penelitian di dapati terdapat beberapa aspek keindahan dalam menghasilkan tengkolok di negeri Perak iaitu teknik lipatan dan makna di sebalik reka bentuknya. Oleh itu, tengkolok Getam Pekasam yang merupakan salah satu reka bentuk tengkolok yang masih diguna pakai di Kesultanan Perak Darul Ridzuan akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini. Selain itu, penulisan mengenai keindahan tengkolok Getam Pekasam ini dapat memberi peluang kepada generasi muda dalam mengenali warisan seni budaya Melayu. Justeru itu, keindahan tengkolok ini dapat memelihara budaya Melayu daripada terus pupus ditelan zaman.