Metodologi penulisan isu kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam kitab Rasail al-Nur / Muaz Mohd Noor … [et al.]

Isu ‘nubuwwah‘ atau kenabian adalah salah satu isu dalam ilmu kalam yang begitu diberi penekanan oleh Said Nursi bukan sahaja dalam makalah penulisannya, bahkan turut dicernakan dalam pengamalan kehidupan sehariannya. Ianya telah menjadi rencana utama dakwah Said Nursi dalam usahanya mengangkat kemb...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Noor, Muaz, Suyurno, S. Salahudin, Abdul Kadir, Nor Adina, Abdul Razak, Abdul Qayuum, Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19943/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19943/1/PRO_MUAZ%20MOHD%20NOOR%20M%2017.pdf
Description
Summary:Isu ‘nubuwwah‘ atau kenabian adalah salah satu isu dalam ilmu kalam yang begitu diberi penekanan oleh Said Nursi bukan sahaja dalam makalah penulisannya, bahkan turut dicernakan dalam pengamalan kehidupan sehariannya. Ianya telah menjadi rencana utama dakwah Said Nursi dalam usahanya mengangkat kembali akidah umat Islam, khususnya pada waktu itu, agar selari dengan akidah iman yang dibawa oleh nabi-nabi yang terdahulu. Dalam melestari hikmah kenabian ini, Said Nursi telah membawa kerangka dakwah dan pemikiran yang berlandasakan metode kenabian, dengan mempraktikkan beberapa kaedah penulisan yang khusus berkaitan kenabian di dalam Rasail an-Nur. Maka dalam kajian ini, penulis akan menjelaskan kaedah atau metodologi penulisan Said Nursi berkenaan isu kenabian, yang diadaptasi dari kitab beliau, Rasail an-Nur. Hasil dapatan kajian mendapati Said Nursi telah menggunakan beberapa metode penulisan, antaranya metode perbandingan, metode pengkisahan dan metode superlatif. Dalam kajian ini juga, penulis telah memasukkan penerangan khusus yang digunakan Said Nursi dalam metode superlatif bagi menggambarkan keulungan dan keagungan kenabian nabi Muhammad SAW mengatasi nabi-nabi yang lain, dalam usaha beliau membawa masyarakat kearah berkehidupan menurut gaya Islam yang sebenar.