Metodologi penulisan Syed Qutb dalam kitab Fi Zilal al-Quran / Halipah Hamzah and Noormala Rabu

Kertas kerja ini membincangkan beberapa aspek berkaitan penulisan kitab Fi Zilal al-Quran, pendekatan tafsir, metodologi penulisan kitab, dan lain-lain. Fi Zilal al-Quran merupakan sebuah tafsir yang unik dan secara adil dapat diletakkan di kemuncak seluruh kitab tafsir sama ada yang lama atau yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, Halipah, Rabu, Noormala
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19950/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19950/1/PRO_HALIPAH%20HAMZAH%20M%2017.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan beberapa aspek berkaitan penulisan kitab Fi Zilal al-Quran, pendekatan tafsir, metodologi penulisan kitab, dan lain-lain. Fi Zilal al-Quran merupakan sebuah tafsir yang unik dan secara adil dapat diletakkan di kemuncak seluruh kitab tafsir sama ada yang lama atau yang baharu. Dalam tafsir ini terhimpun penjelasan yang lengkap, gugusan ilmu, penjelasan yang menarik, dan dakwah yang berkesan menuju penghayatan semula kehidupan Islam. Fi Zilal al-Quran juga bukan sekadar sebuah kitab tafsir yang hanya menghurai pengertian lafaz, keindahan, dan kemukjizatan ungkapan al-Quran meskipun aspek-aspek ini dipaparkan. Kitab tafsir ini lebih mengutamakan aspek keimanan dari segi pertumbuhan dan kesannya dalam melahirkan penghayatan realiti, menterjemahkan kandungan al-Quran kepada realiti seterusnya mewujudkan Islam sebenar dengan mempraktiskan seluruh aspek kehidupan berlandaskan al-Quran.