Apresiasi karya seni catan ‘Siri Dungun’ dalam pendekatan etnomatematik / Rushana Sulaiman @ Abd Rahim

Kertas kerja ini adalah untuk meneliti secara ilmiah makna yang merujuk kepada konsep apresiasi seni melalui karya seni catan ‘siri dungun’ yang berunsurkan elemen tradisi Melayu oleh Ruzaika Omar Basaree dari aspek dan pemikiran matematik. Keindahan corak dan motif dalam karya seni catan kaya denga...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19991/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19991/1/PRO_RUSHANA%20SULAIMAN%20M%2016.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini adalah untuk meneliti secara ilmiah makna yang merujuk kepada konsep apresiasi seni melalui karya seni catan ‘siri dungun’ yang berunsurkan elemen tradisi Melayu oleh Ruzaika Omar Basaree dari aspek dan pemikiran matematik. Keindahan corak dan motif dalam karya seni catan kaya dengan nilai dan konsep matematik melalui konsep-konsep geometri. Kajian ini merupakan kajian analisis pengkaryaan yang menerapkan kaedah kualitatif dengan pendekatan interdisiplin secara deskriptif. Karya dianalisis dalam konteks formalistik bagi menghuraikan konsep matematik yang wujud dalam pendekatan etnomatematik. Ianya bagi meneliti ciri matematik bagi sesuatu karya kesenian yang dikesan terdapat dalam transformasi isometri iaitu penjelmaan, putaran, pantulan dan pantulan luncuran. Corak dan motif dalam karya catan diklasifikasikan pada permukaan dua dimensi yang berulang pada satu arah. Pengumpulan data bertulis dan visual melalui kaedah dokumentasi, visual rakaman, dan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat. Dapatan kajian mendapati hubung kait antara seni dan matematik tidak dapat disangkal melalui keindahan hasil kerja kesenian juga mempunyai keindahannya dari aspek matematik. Terhasilnya penyelidikan ini diharap dapat meluaskan lagi sempadan kreativiti khasnya dalam penghasilan karya seni catan dalam konteks matematik, dan bidang seni halus itu sendiri secara umumnya.