Paradigma tauhid dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) / Norajila Che Man, Muhammad Rahimi Osman and Mohd Faizal P.Rameli

Tanggungjawab sosial korporat (CSR) memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan sektor perniagaan dan korporat di seluruh dunia. Perbahasan dan perbincangan mengenai konsep ini telah melalui satu proses yang panjang bermula seawal 1930-an sehingga sekarang melibatkan ruang lingkup yang berb...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Muhammad Rahimi, P. Rameli, Mohd Faizal
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20103/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20103/2/PRO_NORAJILA%20CHE%20MAN%20M%2017.pdf
Description
Summary:Tanggungjawab sosial korporat (CSR) memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan sektor perniagaan dan korporat di seluruh dunia. Perbahasan dan perbincangan mengenai konsep ini telah melalui satu proses yang panjang bermula seawal 1930-an sehingga sekarang melibatkan ruang lingkup yang berbagai seperti hubungan CSR dengan prestasi syarikat, bentuk pelaksanaan CSR yang berkesan, manfaat yang diperoleh dari program CSR dan sebagainya. Konsep tanggungjawab sosial korporat ini bukan merupakan perkara yang asing dalam ajaran Islam kerana pada asasnya elemen-elemen kebajikan dan keprihatinan kepada sesama manusia telah diterapkan dalam Islam. Elemen-elemen seperti keadilan sosial, persaudaraan, tanggungjawab individu, kedermawanan dan sebagainya telah berakar umbi dalam Islam sebagai mana dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep dan teori CSR menurut Barat dan elemen-elemen asas ICSR serta menilai peranan tauhid yang menjadi asas kewujudan konsep ICSR. Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah analisis kandungan daripada sumber primer dan sekunder bagi mendapatkan maklumat berkaitan CSR dan ICSR. Dapatan awal kajian mendapati elemen tauhid merupakan asas utama pembentukan konsep ICSR kerana penyaksian dan kepercayaan kepada Allah SWT akan membentuk individu bertakwa yang memelihara hubungannya dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk yang lain.