Urustadbir harta wakaf Melaka: Strategi penambahbaikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) / Norajila Che Man … [et al.]
Secara umumnya terdapat banyak hartanah wakaf di Malaysia namun tidak dibangunkan serta diurus dengan baik. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 (Utusan Online) menyatakan pengurusan hartanah wakaf terutama dalam aspek pewartaan, pengurusan pembangunan dan sewaan berada pada tahap yang ku...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20139/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20139/1/PRO_NORAJILA%20CHE%20MAN%20M%2017.pdf |
Summary: | Secara umumnya terdapat banyak hartanah wakaf di Malaysia namun tidak dibangunkan serta diurus dengan baik. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 (Utusan Online) menyatakan pengurusan hartanah wakaf terutama dalam aspek pewartaan, pengurusan pembangunan dan sewaan berada pada tahap yang kurang memuaskan.Justeru kertas kerja ini cuba melihat isu-isu berkaitan pengurusan wakaf di Melaka dan strategi penambahbaikan yang dilakukan oleh MAIM bagi mengatasi masalah tersebut. Penelitian kertas ini adalah berdasarkan rujukan terhadap dokumen-dokumen dari pelbagai sumber antaranya ialah artikel, jurnal, buku, enakmen wakaf, juga hasil temu bual bersama pegawai berautoriti dari MAIM. Dapatan awal mendapati bahawa isu-isu yang telah dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 berkaitan pengurusan hartanah wakaf di Melaka telah diambil tindakan sewajarnya oleh MAIM. Sebagai contoh ialah isu kos tinggi bayaran penilaian terhadap tanah wakaf yang terpaksa ditanggung oleh MAIM bagi tanah-tanah wakaf yang hendak diwartakan. Justeru pihak MAIM mendapatkan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka bagi memastikan tanah wakaf dapat diwartakan tanpa dikenakan bayaran penilaian terhadap tanah tersebut. |
---|