Unsur-unsur takmilah dalam filem Islam / Mohamad Shafiei Ayub … [et al.]

Filem merupakan suatu alat pandang dengar sahaja. Ia mempunyai pengaruh yang hebat hingga dikatakan mampu membentuk sebuah ketamadunan serta sesuatu kebudayaan. Utusan yang datang daripadanya dianggap sebagai peluru ajaib kerana mampu memberi kesan positif atau negatif terhadap penonton. Kesan-kesan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ayub, Mohamad Shafiei, Ramlan, Aini Faezah, Abdul Razak, Abdul Qayuum, Suyurno, S. Salahudin, Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20239/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20239/2/PRO_MOHAMAD%20SHAFIEI%20AYUB%20M%2017.pdf
Description
Summary:Filem merupakan suatu alat pandang dengar sahaja. Ia mempunyai pengaruh yang hebat hingga dikatakan mampu membentuk sebuah ketamadunan serta sesuatu kebudayaan. Utusan yang datang daripadanya dianggap sebagai peluru ajaib kerana mampu memberi kesan positif atau negatif terhadap penonton. Kesan-kesan ini yang menentukan kedudukan sesebuah filem adakah ia baik ataupun tidak. Sebuah filem Islam yang baik perlu memiliki pengkarya dan karya yang mampu mengajak khayalak kepada mentauhidkan Allah s.w.t. Namun di Malaysia kita ketandusan dalam menghasilkan filem yang boleh menjadi risalah dakwah Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan unsur-unsur takmilah yang bersesuaian dengan sesebuah filem Islam.Kajian ini memilih Teori Takmilah Shafie Abu Bakar sebagai landasan penghasilkan filem Islam. Perbincangan ini penting kerana teori ini menekankan tiga kompenen utama pengkarya, karya dan khalayak. Kajian ini menggunakan metode kualitatif iaitu menggunakan metode perpustakaan, observasi, temubual dan metode analisis kandungan terhadap beberapa filem di Malaysia. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengkarya yang baik mestilah seorang yang bertakwa serta arif dengan persoalan karya yang hendak disampaikan. Karya yang terhasil pula perlu mencerminkan kesempurnaan Allah s.w.t. sebagai Tuhan penguasaan alam dan mampu memberi pendidikan kepada khalayak serta menarik mereka untuk mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.