Cadangan menaiktaraf dan merekabentuk dalaman Muzium TLDM di Jalan Quayside Melaka Bandaraya Bersejarah / Faidzal Jaafar
Tujuan laporan ini dibuat adalah bertujuan untuk menceritakan dan menerangkan proses-proses yang terlibat di dalam merekabentuk sebuah Muzium TLDM yang terletak di Jalan Quayside Melaka Bandaraya Bersejarah. Selain daripada itu tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan kepada orang ramai...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20458/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20458/1/PPd_FAIDZAL%20JAAFAR%20AP%2009_5.pdf |
Summary: | Tujuan laporan ini dibuat adalah bertujuan untuk menceritakan dan menerangkan proses-proses yang terlibat di dalam merekabentuk sebuah Muzium TLDM yang terletak di Jalan Quayside Melaka Bandaraya Bersejarah. Selain daripada itu tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan kepada orang ramai secara lebih mendalam mengenai Angkatan Tentera Laut Malaysia (TLDM) di dalam menjaga keselamatan perairan kita selama ini. Muzium ini juga dapat menambah minat serta pengetahuan orang ramai mengenai Angkatan Tentera Laut Malaysia (TLDM) secara lebih mendalam dan jelas terhadap profession tersebut. Tujuan muzium ini dibina juga adalah salah satu cara untuk mengenang serta membalas jasa para perajurit-perajurit laut kita yang telah berkorban selama ini di dalam menjaga keselamatan negara kita daripada diceroboh oleh pihak luar. Ini merupakan tanda penghargaan rakyat kepada mereka selama ini. Muzium TLDM ini menyediakan pakej yang lengkap untuk mereka yang betul-betul ingin mendalami serta mengatahui mengenai angkatan bersenjata ini. Muzium TLDM ini mempamerkan semua aspek,senjata,bahagian,unit-unit dan pelbagai lagi maklumat yang terdapat pada angkatan bersenjata tersebut bermula dari dahulu hinggalah sekarang. Di samping itu muzium ini juga merupakan salah satu daya tarikan pelancong di Bandar Melaka. Kedudukan muzium ini yang strategik iaitu di tengah-tengah kawasan bandar menyebabkan orang ramai mudah untuk melawatinya. Selain daripada itu muzium ini juga dikelilingi oleh bangunan-bangunan bersejarah seperti Bangunan Merah, Bukit Sait’s Paul, Kota A’ Famosa dan pelbagai lagi. Pelbagai kajian dan pemerhatian yang telah saya lakukan untuk memahami serta mendalami mengenai muzium ini, Antara kajian yang telah dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian dengan membuat soal selidik. Tujuannya adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai muzium yang terdapat pada masa kini, daripada itu kita akan dapat mengenai pasti kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada muzium masa kini dan cuba untuk mengatasinya. Segala maklumat dan hasil daripada kajian tersebut akan diterapkan ke dalam proses merekabentuk bagi mendapatkan rekabentuk yang terkini dan memenuhi kehendak semasa. |
---|