Pengurusan dana wakaf universiti menurut enakmen wakaf Negeri Selangor / Mohd. Ali Muhamad Don

Wakaf merupakan satu daripada instrumen terpenting yang menjadi pemangkin perkembangan Institusi Pendidikan Islam sejak dahulu lagi. Ini terbukti dengan penggunaan dana wakaf untuk pembinaan Masjid Quba’ yang turut berperanan sebagai institusi pendidikan awal. Ia terus berkembang sehingga tertubuhny...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Don, Mohd. Ali
Format: Book Section
Language:English
Published: Institute of Graduate Studies, UiTM 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20462/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20462/1/ABS_MOHD.%20ALI%20MUHAMAD%20DON%20TDRA%20VOL%2013%20IGS%2018.pdf
Description
Summary:Wakaf merupakan satu daripada instrumen terpenting yang menjadi pemangkin perkembangan Institusi Pendidikan Islam sejak dahulu lagi. Ini terbukti dengan penggunaan dana wakaf untuk pembinaan Masjid Quba’ yang turut berperanan sebagai institusi pendidikan awal. Ia terus berkembang sehingga tertubuhnya universiti wakaf terulung iaitu Universiti al-Azhar di Mesir. Sejak itu konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf turut dicontohi di lain-lain universiti di dunia Islam mahupun di Barat. Mutakhir ini, Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia turut mengamalkan konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf. Ini terutamanya disebabkan oleh pengurangan bajet yang diterima oleh pihak universiti dan wakaf dilihat mempunyai prospek yang baik bagi penambahan dana. Namun begitu pengurusan wakaf di Malaysia adalah terikat dengan peruntukan enakmen Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), di mana MAIN sebagai pemegang amanah tunggal (sole trustee) sehingga tiada pihak dibenarkan menguruskan wakaf tanpa kebenaran MAIN. Akibatnya terdapat universiti mengguna pakai istilah endowment bagi mengelak terikat dengan enakmen. Justeru kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengurusan dana wakaf di beberapa buah universiti di Negeri Selangor…