Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk ruang dalaman baru galeri di No. 22, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, untuk World Wildlife Fund For Nature (WWF) Malaysia / Khairunnisha Omar

Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Omar, Khairunnisha
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20630/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20630/1/PPd_KHAIRUNNISHA%20OMAR%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan merekabentuk dalaman sebuah galeri bagi World Wildlife Fund For Nature(WWF)Malaysia yang bertempat di No.22,Jalan Kia Peng,Kuala Lumpur.Dengan terbinanya sebuah galeri baru ini diharapkan dapat menaiktarafkan lagi imej WWF-Malaysia selaku organisasi yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara hidupan alam sekitar di samping memberi kesedaran kepada umum tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar untuk hidupan akan datang dan peranan sebenar organisasi ini.Tema dan konsep yang diaplikasikan dalam kedua-dua ruang ‘exterior’ dan ‘interior’ dengan tujuan untuk menunjukkan lagi kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan alam sekitar serta kesan kekejaman penghapusan dan pencemaran yang dilakukan.Beberapa penyelidikan telah dilakukan bagi menguatkan isu pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar ini antaranya kajian penyelidikan tapak,kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian soal selidik.Kesemua kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti peranan dan skop kerja sebenar WWF-Malaysia.Kajian-kajian yang telah dijalankan akan diterapakan dalam proses rekabentuk dengan tujuan untuk menghasilkan sebuah rekabentuk galeri yang bersesuaian dengan misi.visi serta peranan WWF-Malaysia sendiri.Konsep yang diterapkan dalam rekabentuk galeri ini menggambarkan keindahan alam semulajadi dan kepentingannya sendiri di samping imej yang moden tetapi masih merangkumi unsure semulajadi bersesuaian dengan WWF-Malaysia sendiri.