Cadangan reka bentuk dalaman sebuah Koko Bistro di No.25, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur untuk Lembaga Koko Malaysia / Marlina Suwardi@Surip

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk daiaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Suwardi@Surip, Marlina
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20662/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20662/1/PPd_MARLINA%20SUWARDI%40SURIP%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk daiaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah reka bentuk dalaman sebuah Koko Bistro yang terletak di No. 25, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Sasaran pelanggan yang akan mengunjungi Koko Bistro adalah penggemar coklat termasuklah rakyat Malaysia, pelancong asing, dan usahawan bumiputera dalam bidang pemiagaan restoran berasaskan coklat. Oleh kerana pelanggan Koko Bistro datang daripada pelbagai latar belakang dan negara yang berbeza, konsep dan stail dalam reka bentuk harus sesuai dengan citarasa setiap individu daripada kawasan yang berbeza dan mampu memberikan keselesaan maksimum terhadap pelanggan ketika menikmati makanan. Imej dan konsep yang dipilih bukan sahaja sesuai dengan pelanggan malah mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan keyakinan akan kebaikan coklat tempatan di kalangan pelanggan yang datang ke Koko Bistro. Sehubungan dengan itu, gaya reka bentuk yang dipilih untuk Koko Bistro ialah ‘hi-tech style’ yang membawa maksud gaya reka bentuk yang menggunakan teknologi baru untuk kegunaan praktikal dan impak visual, menggunakan bentuk dan bahan yang menunjukkan teknoiogi moden serta mengikut piawai skema reka bentuk dan kod yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil reka bentuk yang sesuai untuk semua latar belakang dari seluruh dunia, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis klien dan sasaran pelanggan di Koko Bistro, ruang yang selalu mendapat perhatian pengguna, ruang yang perlu dimuatkan dalam restoran, jenis perkhidmatan yang disediakan, waktu urus niaga beroperasi serta pelbagai maklumat berkenaan yang berkaitan dengan restoran. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara.