Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk ruang dalaman Classic Volkswagen One Stop Center di Lot No. 1 Jalan Perintis U1/52, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan / Mohd Faeez Abu Bakar
Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap ke...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20684/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20684/1/PPd_MOHD%20FAEEZ%20ABU%20BAKAR%20AP%2009_5.pdf |
Summary: | Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan mereka bentuk skima baru bagi Classic Volkswagen One Stop Center bertempat di No.1, Jalan Perintis U1/52, seksyen U1, 40150 Shah Alam Selangor. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi sebuah pusat servis bagi kenderaan klasik disamping memberikan suasana yang praktikal, sistematik, dan berfungsi kepada pelanggan serta servis yang berkualiti. Selain itu, pemilihan projek ini juga adalah untuk mengetengahkan rekabentuk dan konsep baru yang meyakin para planggan untuk datang pusat servis kenderaan ini bagi mendapatkan khidmat baik pulih kenderaan. Sehubungan dengan itu juga, setelah terhasilnya rekabentuk dalaman yang baru bagi Classic Volkswagen One Stop Center, adalah diharapkan bahawa ia dapat menarik lebih ramai peminat kereta klasik keluaran syarikat Volkswagen untuk memiliki serta memelihara kenderaan ini.. Disamping itu, ia dapat memperkembangkan lagi perniagaan di dalam bidang automotif yang dimiliki oleh Syarikat Concept Autopart Sdn. Bhd. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang pusat servis kereta ini untuk menonjolkan lagi nilai estetika pusat tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangka mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan untuk datang mendapatkan khidmat servis. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Classic Volkswagen One Stop Center samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang dierapkan di sini adalah ‘ Interact Join, conect together ( to act or have an effect on each other, co-operatively, espacialy so as to comunicate with each other) ’ yang membawa maksud untuk mendapatkan sesuatu atau hasil untuk kebaikan bersama serta bekerja sama terutamanya dalam berkumunikasi antara satu sama lain. Konsep ini dipilih kerana objektif utama pusat ini didirikan adalah untuk menempat kan keseluruhan servis baik pulih untuk kenderaan kelasik berada di bawah satu bumbung. Sebagai cabaran, saya akan cuba yang terbaik untuk melahirkan idea-idea untuk merekabentuk pusat servis kenderaan klasik ini agar ia mendapat tempat di hati orang ramai dan tidak lupa juga kepada peminat kenderaan klasik. |
---|