Mengurangkan kesan voltan neutral ke bumi yang sering merosakkan komputer (Reduces the effects of neutral voltage to the earth that often damage the computer) / Rasdi Deraman … [et al.]

UiTM Cawangan Pulau Pinang mensasarkan seorang pelajar satu komputer ketika menjalani sesi amali di makmal komputer. Namun, dengan pertambahan pelajar yang semakin meningkat berbanding bilangan komputer yang terhad menyebabkan penggunaan komputer semakin kerap. Tenaga elektrik yang dijana oleh TNB s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Deraman, Rasdi, Abdul Kadir, Saliza, Daud, Norziah, Daud, Mohd Sarih, Md Deris, Mohd Azli, Abdul Hamid, Abdul Mohd Hafiz
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UiTM (UiTM Press) 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20743/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20743/1/AJ_RASDI%20DERAMAN%20JURIM%2017.pdf
Description
Summary:UiTM Cawangan Pulau Pinang mensasarkan seorang pelajar satu komputer ketika menjalani sesi amali di makmal komputer. Namun, dengan pertambahan pelajar yang semakin meningkat berbanding bilangan komputer yang terhad menyebabkan penggunaan komputer semakin kerap. Tenaga elektrik yang dijana oleh TNB sememangnya sudah mempunyai kesan elektrik harmonik. Oleh itu, dengan bertambahnya kekerapan penggunaan komputer ekoran daripada penambahan bilangan pelajar telah menyebabkan kekerapan kerosakan komputer di makmal terus meningkat. Dalam mendepani masalah tersebut, beberapa siri perjumpaan dan sesi fikir lintas di kalangan ahli-ahli KIK Sinar Mutiara telah diadakan bagi merangka pelbagai cadangan penyelesaian untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Cadangan penyelesaian paling efektif untuk mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik ini ialah dengan memasang Isolator Transformer sebagai peranti tambahan. Hasilnya sungguh menakjubkan, di mana kerosakan tersebut telah dapat dihapuskan. Justeru, pihak pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mewartakan penggunaan Isolator Transformer sebagai prosidur baru untuk diaplikasikan terhadap semua makmal komputer serta peralatan mesin faks dan server. Kelestarian penggunaan isolator transformer menyelesaikan masalah kerosakan komputer berkelompok di makmal telah tersebar luas ke kampus berhampiran seperti UiTM Cawangan Kedah dan Cawangan Perak. Justeru, Bahagian Pengurusan Fasiliti kedua-dua kampus berkenaan telah menjemput Tenaga Pakar dari UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi membantu mereka mengatasi masalah yang serupa.