Laporan cadangan merekabentuk ruang dalaman Galeri P. Ramlee di Lot 1, No 81, Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur. / Syed Ahmad Jamaludin Syed Mohamad Jamalullin

Projek akhir ini merupakan cadangan untuk menaik teraf memorial P.Ramlee kepada satu lokasi baru seterusnya merekabentnk ruang dalaman.Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memaparkan pengenalan Allahyarham dan ringkasan penghidupan beliau sebagai insan seni yang telah banyak menyumbangkan hasil...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Syed Mohamad Jamalullin, Syed Ahmad Jamaludin
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20845/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20845/1/PPd_SYED%20AHMAD%20JAMALUDIN%20SYED%20MOHAMAD%20JAMALULLIN%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Projek akhir ini merupakan cadangan untuk menaik teraf memorial P.Ramlee kepada satu lokasi baru seterusnya merekabentnk ruang dalaman.Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memaparkan pengenalan Allahyarham dan ringkasan penghidupan beliau sebagai insan seni yang telah banyak menyumbangkan hasil dalam industri muzik dan perfileman negara.Selain itu memorial ini juga bertujuan memperlihatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan latarbelakang keluarga P.Ramlee,memperlihatkan perkembangan beliau dalam pendidikan dan aktiviti luar yang diceburi semenjak dibangku sekolah sehingga beliau digelar seniman, mempamerkan bahanbahan mengenai sejarah awal penglibatan P.Ramlee di dalam dunia muzik serta liku-liku hidup yang pemah dilaluinya sebagai seorang penyanyi,penggubah dan pemuzik yang terkenal sehingga membawa kenangan kepada filem-filem lakonan dan arahan beliau.Turut dipaparkan petikan adegan-adegan filem dari awal pembabitan beliau dipamerkan mengikut turutan tahun pembikinan filem-filem tersebut dan anugerah-anugerah yang telah dimenangi oleh P.Ramlee di pesta-pesta filem di mana beliau telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.Memorial ini juga dapat menambah minat orang ramai atau individu tertentu untuk mendalami serta mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham P.Ramlee terhadap dunia seni tahan air serta menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam aspek-aspek seni dan budaya Negara serta mencari pendekatan sesuai mendekati golongan muda, khususnya pelajar agar mereka lebih memahami fungsi dan peranan Memorial P.Ramlee ini dibina.Didalam perlaksanaan projek ini,beberapa kajian telah dijalankan untuk menambah informasi serta maklumat terperinci sebelum projek ini dijalankan.Antara kajian yang telah dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian soal selidik.Kajian-kajian dan pengumpulan data ini akan diterapkan di dalam proses merekabentuk untuk mendapatkan rekabentuk yang baru dan menarik di samping imej dan gaya yang tersendiri.