Cadangan rekabentuk ruang dalaman baru Kafe Rosegar untuk Syarikat Roti Segar Sdn Bhd beralamat Lot 23 & 25, Jln Greentown 3, Greentown Nova, Ipoh, Perak Darul Ridzwan / Tuan Nurul Kawakib Tuan Hassan
Projek akhir untuk Diploma Rekabentuk Dalaman ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk ruang dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat peringkat persembahan rekabentuk. Projek yang dipilih untuk projek terakhi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20846/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20846/1/PPd_TUAN%20NURUL%20KAWAKIB%20TUAN%20HASSAN%20AP%2009_5.pdf |
Summary: | Projek akhir untuk Diploma Rekabentuk Dalaman ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk ruang dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat peringkat persembahan rekabentuk. Projek yang dipilih untuk projek terakhir ini adalah Cadangan Rekabentuk Ruang Dalaman Baru untuk Kafe Rosegar beralamat di lot 23 & 25, Jalan Greentown 3, Greentown Nova, Ipoh, Perak Darul Ridzwan. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi ruang dalaman kafe yang sedia ada disamping memberikan suasana yang baru, bersistematik perjalanan ruangnya, berfungsi dan memberi servis yang berkualiti kepada pelanggan. Dengan terhasilnya rekabentuk yang baru bagi kafe ini akan menjadikan salah satu tarikan dari pelanggan tempatan mahupun luar mengenai makanan keluaran tempatan. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang kafe ini untuk memberikan nilai-nilai estetika kafe tersebut. Sepanjang tempoh menyiapkan laporan tesis ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dan dikaji antaranya pada struktur asal bangunan dan dibandingkan dengan ‘drawing’ serta ukuran sebenar di tapak, kehendak klien, perancangan ruang, ‘design concept’ yang dipersembahkan, skima warna, penggunaan ‘material’ yang bersesuaian serta Iain-lain lagi. Beberapa penyelidikan telah dijalankan bagi menjayakan projek kafe ini termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian soal selidik. Dengan kajian-kajian tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang ada dan juga dapat mengatasi beberapa masalah yang akan timbul. Dengan kajian tersebut juga, akan dapat diaplikasikan dalam proses rekabentuk untuk projek kafe ini yang akan mempunyai konsep dan tema yang tersendiri. Jadi, satu skema cadangan rekabentuk pertu direka dan disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak klien di samping memenuhi keperluan pelanggan dan pekeija amnya serta generasi akan datang di samping meningkatkan ekonomi kaum Bumiputera terutamanya syarikat Roti Segar (M) Sdn Bhd. |
---|