Laporan kajian akhir cadangan rekabentuk dalaman Acer Retail dan Servis di No. 16 & 17, Jalan PP3, Bandar Universiti Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak / Siti Halinah A. Ghani

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia mula menunjukkan penerapan gaya hidup digital dalam rutin kehidupan masing-masing samada disedari atau sebaliknya. Fenomena terbaru ini bukan sahaja membabitkan kelompok yang mudah menerima teknologi - seperti remaja, pelajar, dan perkerja. Malah suri rumah ju...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: A. Ghani, Siti Halinah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21052/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21052/1/PPd_SITI%20HALINAH%20A%20GHANI%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia mula menunjukkan penerapan gaya hidup digital dalam rutin kehidupan masing-masing samada disedari atau sebaliknya. Fenomena terbaru ini bukan sahaja membabitkan kelompok yang mudah menerima teknologi - seperti remaja, pelajar, dan perkerja. Malah suri rumah juga tidak terkecuali. Ini boleh dibuktikan apabila setiap kali pesta jualan produk teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) seperti komputer dan telefon bimbit diadakan, orang ramai berpusu-pusu datang. Antara faktornya ialah produk ICT bukan lagi barang mewah tetapi sudah menjadi keperluan yang mampu dimiliki. (Majalah PC, Mac 2007).Oleh itu.pemilihan projek Acer Retail dan Servis yang bertempat di No 16 dan 17, Jalan PP3, Bandar Universiti Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak bertujuan memberi kemudahan kepada para pelajar. Kedudukan Bandar Universiti yang strategik merupakan salah satu kekuatan untuk projek ini. Antara isu-isu projek ini ialah untuk merekabentuk dalam kedai Acer yang telah sedia ada supaya lebih tersusun ruangannya dan mampu menjadi satu pusat kedai menjual barangan teknologi. Namun, di atas permintaan klien yang sendiri yang berhasrat untuk mempebesarkan lago kedainya.maka cadangan tapak lokasi yang baru dikeutarakan. Hal ini disebabkan ruangan kedai lama yang kecil dan sempit tidak membolehkan banyak pameran komputer diletakkan.Namun, terdapat beberapa masalah dengan lokasi dan bangunan yang baru. Contohnya keadaan bangunan bagi premis perniagaan yang ada di Bandar Universiti hanyalah lot-lot kedai sahaja dan rekaannya juga lebih kurang sama. Oleh itu, rekaan perlu diambil serius supaya projek ini kelihatan menonjol. Selain itu, kedudukan bangunan yang tidak kelihatan daripada jalan utama menyukarkan para pelanggan untuk mengenali kedai ini.Setiap masalah memerlukan penyelesaian. Oleh itu, pelbagai kaedah diambil bagi mengatasi masalah yang sedia ada. Maka kajian kes adalah penting untuk mengetahui keperluan-keperluan projek ini. Temubual bersama klien juga adalah penting bagi mengetahui masalah-masalahnya dan keinginannya.Maklumat klien dan latar belakang klien perlu diketahui sebelum proses merekabentuk.