Cadangan reka bentuk baru Kafe Rotiboy Bakeshoppe / Siti Maisarah Mohd Razikin

Untuk projek akhir IND 381 ( Kursus Reka Bentuk Dalaman), saya telah memilih cadangan projek reka bentuk baru Kafe Rotiboy Bakeshoppe. Projek ini dipilih berdasarkan kajian yang telah dibuat dengan mengkaji permasalahan yang sedia ada, pengumpulan data, pemerhatian dan Iain-lain. Setiap projek mempu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Razikin, Siti Maisarah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21066/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21066/1/PPd_SITI%20MAISARAH%20MOHD%20RAZIKIN%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Untuk projek akhir IND 381 ( Kursus Reka Bentuk Dalaman), saya telah memilih cadangan projek reka bentuk baru Kafe Rotiboy Bakeshoppe. Projek ini dipilih berdasarkan kajian yang telah dibuat dengan mengkaji permasalahan yang sedia ada, pengumpulan data, pemerhatian dan Iain-lain. Setiap projek mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Perkara penting yang perlu diambil kira dalam sesuatu projek ialah mengetahui isu, matlamat, objektif, skop kajian, halangan dan kepentingan projek khususnya. Kajian terhadap tapak cadangan perlu diambil kira agar keadaan tapak sesuai dengan permintaan dan konsep produk klien. Perkara-perkara ini perlu diketahui sebelum memulakan dan merancang sesuatu projek. Berdasarkan kajian kes yang telah dibuat, beberapa permasalahan dan isu yang telah dapat diketahui. Walaupun produk Rotiboy telah berjaya menambat hati penduduk di Malaysia ini, kedai Rotiboy Bakeshoppe masih tidak berkembang mengikut kesesuaian kadar pelanggannya. Dengan itu, cadangan reka bentuk baru sebuah kafe Rotiboy Bakeshoppe adalah jalan terbaik bagi merealisasikan matlamat yang ingin dicapai. Tambahan pula, cadangan projek kafe untuk Rotiboy Bakeshoppe adalah yang pertama di Malaysia. Daripada situasi ini cadangan reka bentuk baru Kafe Rotiboy Bakeshoppe ini dibuat untuk keselesaan pengunjung yang datang dan menaikkan kualiti untuk kepentingan klien sendiri.