Kajian pengurusan dana dan harta masjid Daerah Alor Gajah / Abdul Hadi Mohd Salleh, Tutasting@Rawi Nordin dan Hasan Bahrom

Masjid merupakan institusi terpenting dalam kehidupan umat Islam. Kewujudan institusi ini memberi impak kepada kehidupan mereka sama ada secara individu ataupun secara jamaah. Kerana itu ,kewujudan institusi masjid tidak boleh dipisahkan dan tidak pernah diabaikan dengan kehidupan umat Islam. Sejara...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Salleh, Abdul Hadi, Nordin, Tutasting@Rawi, Bahrom, Hasan
Format: Research Reports
Language:English
Published: Unit Penyelidikan dan Perundingan 2002
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22476/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22476/1/LP_ABDUL%20HADI%20MOHD%20SALLEH%20M%20BRC%20%2002_5.pdf
Description
Summary:Masjid merupakan institusi terpenting dalam kehidupan umat Islam. Kewujudan institusi ini memberi impak kepada kehidupan mereka sama ada secara individu ataupun secara jamaah. Kerana itu ,kewujudan institusi masjid tidak boleh dipisahkan dan tidak pernah diabaikan dengan kehidupan umat Islam. Sejarah telah membuktikan institusi ini menjadi tapak kepada perubahan sifat, minda dan nilai budaya masyarakat. Walau bagaimanapun kelangsungan institusi ini berkait rapat dengan sokongan dan dokongan yang kuat daripada masyarakat setempat, sama ada dari aspek material dan spritual. Fungsi masjid akan lebih terserlah apabila didokongi oleh kekuatan sumber kewangannya dan kewibawaan tenaga yang mengurus institusi tersebut. Keyakinan masyarakat mendokongi institusi masjid berkait rapat dengan sejauh mana ketelusan dan kecekapan pimpinan institusi tersebut diperagakan. Namun kebelakangan ini sudah timbul keraguan umat tentang ketelusan institusi ini ditadbir khususnya dalam pengurusan kewangan. Persoalannya mengapakah keraguan ini timbul, apakah benar ketelusan dalam pengurusan kewangannya sudah tidak wujud? Atau masyarakat telah lebih prihatin dengan nilai-nilai pengurusan yang murni? Kajian ini akan dapat memberi jawapan wajar terhadap persoalan yang bangkitkan.