Sikap daya saing siswa siswi di UiTM Kampus Alor Gajah dalam kecemerlangan akademik / Wan Hartini Wan Hassan, Zaliha Hussin dan Zaihan Abd Latip
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji samada wujud atau tidak sikap daya saing di kalangan siswa dan siswi UiTM Kampus Alor Gajah dan juga mengenalpasti faktor-faktor tidak bersandar yang mempengaruhi sikap daya saing antara mereka. Kajian juga mengkaji hubungkait antara sikap daya saing dan pencapaia...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Unit Penyelidikan dan Perundingan
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22496/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22496/1/LP_WAN%20HARTINI%20WAN%20HASSAN%20M%20BRC%2003_5.pdf |
Summary: | Tujuan kajian adalah untuk mengkaji samada wujud atau tidak sikap daya saing di kalangan siswa dan siswi UiTM Kampus Alor Gajah dan juga mengenalpasti faktor-faktor tidak bersandar yang mempengaruhi sikap daya saing antara mereka. Kajian juga mengkaji hubungkait antara sikap daya saing dan pencapaian akademik. Seramai 321 siswa dan siswi dari program-program ijazah sarjana muda dan diploma sepenuh masa telah diambil sebagai sampel. Kajian mendapati wujud sikap daya saing yang signifikan di kalangan pelajar-pelajar UiTM Kampus Alor Gajah
Faktor-faktor tidak bersandar seperti jantina, jenis program, umur, penempatan, sumber kewangan, bilangan adik-beradik, pendapatan bulanan ibubapa dan tahap pendidikan ibubapa didapati mempengaruhi sikap daya saing para pelajar. Penemuan kajian mendapati terdapat hubungkait linear positif yang lemah antara sikap daya saing dengan pencapaian akademik. Hasil ini bermaksud pelajar-pelajar hanya mempunyai sikap daya saing tetapi sikap ini tidak diterjemahkan . ke dalam bentuk tindakan dan strategi yang berkesan bagi menghasilkan kejayaan. Oleh itu pihak penyelidik mencadangkan beberapa perkara yang perlu diwujudkan dalam usaha meningkatkan sikap daya saing para pelajar UiTM Kampus AlorGajah. Diantaranya ialah mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pembelajaran yang berterusan untuk para pelajar, mempamerkan nama-nama mereka di papan kenyataan di sekitar kampus dan meraikan mereka dalam " Majlis Anugerah Kecemerlangan" disertai dengan penganugerahan sijil, menyediakan prasarana, peralatan pembelajaran dan bilik-bilik kuliah yang selesa dan sempurna untuk pembelajaran, menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan semangat persaingan dan mengujudkan persekitaran yang ceria dan kemudahan rekreasi dan riadah yang cukup untuk para pelajar. |
---|