Tahap pemahaman pelajar tentang Bay’ Salam dalam transaksi jual beli emas secara online / Nur Adibah Aqilah Mohd Khairuddin
Jual beli salam ialah akad jual beli di mana pembayaran didahulukan dan penerimaan barang dikemudiankan. Pendapat ini disepakati oleh jumhur ulama akan tetapi berbeza pula dengan pendapat ulama yang bermazhab Syafi’i, iaitu membolehkan jual beli secara tunai dan tertangguh. Jual beli merupakan akti...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23270/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23270/1/PPb_NUR%20ADIBAH%20AQILAH%20MOHD%20KHAIRUDDIN%20ACI%20B%2017_5.pdf |
Summary: | Jual beli salam ialah akad jual beli di mana pembayaran didahulukan dan penerimaan barang dikemudiankan. Pendapat ini disepakati oleh jumhur ulama akan
tetapi berbeza pula dengan pendapat ulama yang bermazhab Syafi’i, iaitu membolehkan jual beli secara tunai dan tertangguh. Jual beli merupakan aktiviti harian manusia untuk mendapatkan sesuatu. Di dalam Islam, jual beli mempunyai rukun dan syarat yang tersendiri untuk menjadikannya sebuah transaksi yang sah disisi syarak. Kehadiran internet dalam kehidupan manusia telah memudahkan lagi urusan jual beli. Sehubungan dengan itu, banyak iklan berkaitan pelaburan emas yang
menarik pelajar IPT. Bagi mereka yang kurang ilmu dan tidak memahami tentang jual beli emas, mereka akan lebih mudah terpengaruh dan cenderung untuk terpedaya
dengan kes penipuan yang semakin kerap berlaku. Sedangkan Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk diikuti. Objektif utama bagi kajian ini adalah
untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar terhadap jual beli emas secara atas talian dengan bay’ salam dan untuk menganalisis hubungan di antara latar belakang
pengajian terhadap kefahaman pelajar dalam transaksi jual beli emas secara atas talian. Metode yang digunakan di dalam kajian ini adalah metode kuantitatif dengan
menggunakan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman pelajar amat berkaitrapat dengan latar belakang pengajian. Berdasarkan
kajian ini, kajian lanjutan amat digalakkan untuk menambahbaikkan lagi kualiti pelajar pengajian Islam. |
---|