Pemahaman Pelajar Terhadap Perniagaan Skim Cepat Kaya: Kajian terhadap Pelajar Semester 5, Diploma Muamalat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Puncak Alam / Armah Nafishah Mohd Makhram

Zaman sekarang terlalu ramai yang ingin mendapatkan sesuatu dengan cepat. Contohnya seperti ingin mendapatkan wang yang banyak dengan cara yang mudah dan cepat. Perkara ini telah menyebabkan ramai yang menyertai perniagaan skim cepat kaya yang semakin berleluasa sama ada yang muda ataupun tua. Skim...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Makhram, Armah Nafishah
Format: Student Project
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Selangor, Puncak Alam Campus 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23319/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23319/1/PPb_ARMAH%20NAFISHAH%20MOHD%20MAKHRAM%20ACI%20B%2018_5.pdf
Description
Summary:Zaman sekarang terlalu ramai yang ingin mendapatkan sesuatu dengan cepat. Contohnya seperti ingin mendapatkan wang yang banyak dengan cara yang mudah dan cepat. Perkara ini telah menyebabkan ramai yang menyertai perniagaan skim cepat kaya yang semakin berleluasa sama ada yang muda ataupun tua. Skim cepat kaya ialah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko. Kajian ini adalah tentang pemahaman pelajar terhadap perniagaan skim cepat kaya di kalangan pelajar semester 5 Diploma Muamalat ACIS (Akademi Pengajian Islam Kontemporari) UiTM Kampus Puncak Alam. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif melalui edaran kajian set soal selidik dalam kalangan pelajar semester 5 Diploma Muamalat. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu untuk menghuraikan definisi dan sejarah, mengkaji tahap kesedaran pelajar dan meramal faktor keterlibatan pelajar pengajian tinggi dalam skim cepat kaya.