Kesedaran untuk memiliki akaun Tabung Haji bagi pelajar ACIS UiTM Puncak Alam / Nur Sofiya Fadlin Mohd Yazid

Hasrat Malaysia untuk muncul sebagai pusat perkhidmatan kewangan Islam di Asia Tenggara akan tercapai sekiranya setiap komponen yang terlibat terutamanya institusi-institusi kewangan dan perbankan memainkan peranan mereka dengan berkesan dan memberikan komitmen yang tinggi. Lembaga Tabung Haji merup...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yazid, Nur Sofiya Fadlin
Format: Student Project
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Selangor, Puncak Alam Campus 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23384/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23384/1/PPb_NUR%20SOFIYA%20FADLIN%20MOHD%20YAZID%20ACI%20B%2018_5.pdf
Description
Summary:Hasrat Malaysia untuk muncul sebagai pusat perkhidmatan kewangan Islam di Asia Tenggara akan tercapai sekiranya setiap komponen yang terlibat terutamanya institusi-institusi kewangan dan perbankan memainkan peranan mereka dengan berkesan dan memberikan komitmen yang tinggi. Lembaga Tabung Haji merupakan salah satu komponen institusi kewangan dan perbankan perlu menunjukkan prestasi yang baik dan berkesan. Satu penyelidikan mengenai Lembaga Tabung Haji telah dibuat dengan tujuan untuk memberikan kesedaran untuk memiliki akaun tabung haji bagi pelajar ACIS UiTM Puncak Alam. Kajian ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kaedah kuantitatif iaitu melalui borang kajian kaji selidik terhadap beberapa responden yang terpilih. Objektifnya adalah untuk untuk mengetahui status pemilikan pelajar Akademi Pengajian Islam Komtemporari (ACIS) UiTM Puncak Alam berkenaan akaun Tabung Haji dan untuk mengetahui sejauh mana tahap kefahaman pelajar ACIS tentang keperluan memiliki akaun Tabung Haji. Kemudian, hasil daripada maklumat yang telah dianalisis, mendapati bahawa Lembaga Tabung Haji telah memberikan kesan yang banyak terhadap kesedaran pelajar untuk memiliki akaun Tabung Haji. Ia juga memberikan faedah ke atas pihak Tabung Haji dari sudut ibadah. Cadangan juga turut diberikan dalam kajian ini sebagai rujukan penambahbaikan untuk meningkatkan kefahaman pelajar ACIS terhadap fungsi Tabung Haji.