Laporan akhir kajian terokaan tentang pendedahan kepada majalah hiburan (hal & mangga): tahap penerimaan pembaca / Prof Madya Abdullah @ Kassim Mohamad , Prof Madya Dr. Mokhtar Muhammad , Haliza Hasan

Kebanyakan majalah hiburan melampaui batas etika kewartawanan dengan memaparkan maklumat/berita dan gambar-gambar yang sensasi Kebanyakan majalah hiburan mengeksploitasi artis agar pembaca tertarik membelinya. Maklumat yang terdapat dalam majalah hiburan banyak berkisar pada persoalan cinta, kek...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Abdullah @ Kassim, Muhammad, Mokhtar, Hasan, Haliza
Format: Research Reports
Language:English
Published: Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA 2007
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2372/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2372/1/LP_ABDULLAH%20KASSIM%20MOHAMAD%2007_5%201.pdf
Description
Summary:Kebanyakan majalah hiburan melampaui batas etika kewartawanan dengan memaparkan maklumat/berita dan gambar-gambar yang sensasi Kebanyakan majalah hiburan mengeksploitasi artis agar pembaca tertarik membelinya. Maklumat yang terdapat dalam majalah hiburan banyak berkisar pada persoalan cinta, kekasih, gosip panas dan Iain-Iain lagi yang melalai dan mengkhayalkan para pembaca. Majalah hiburan juga kurang menekan kepada fungsi mendidik dan menyalurkan maklumat berguna kepada para pembaca. Kebanyakan majalah hiburan mempengaruhi remaja mencontohi cara hidup sosial yang negatif. Gambar-gambar sensasi yang dipaparkan boleh menjurus ke arah aktiviti kurang sihat. Hanya artis-artis sensasi dan 'muka-muka' sama sahaja yang sering diberikan liputan. Ini menutup peluang artis yang benar-benar memperjuangkan bakat mereka. Liputan berita seseorang artis lebih terarah kepada perkara-perkara peribadi yang bersifat negatif. Liputan tentang perkara-perkara positif amat kurang. Media massa dianggap sebagai sesuatu yang sangat-sangat berpengaruh dan berkesan. Mereka yang mengendalikan media massa itu dianggap mempunyai "kuasa" yang amat kuat dan luas dalam mempengaruhi masyarakat dalam melakukan ataupun tidak melakukan sesuatu. Media massa juga mempunyai tugas penting untuk membina generasi muda agar lebih bermoral dan beretika tinggi. Pada masa yang sama, media massa juga dapat meninggalkan kesan yang amat membimbangkan. la menjadi semakin kritikal kerana lebih digemari dan didampingi oleh remaja, iaitu satu kelompok yang sangat sensitif dan mudah dipengaruhi oleh anasir tertentu. Akhirnya berlakulah peningkatan dalam gejala sosial seperti kes penagihan dadah, pembuangan bayi, budaya melepak, bohsia, kumpulan samseng dan sebagainya yang membabitkan golongan remaja. Majalah, merupakan salah satu daripada media bercetak yang amat digemari oleh remaja sebagai bahan bacaan dan rujukan mereka. Kebanjiran majalah-majalah hiburan di pasaran sedikit sebanyak mencorak pemikiran remaja. Berita yang lebih menonjolkan gaya hidup ala 'rich and famous' dengan memperbesarkan isu kemewahan hidup artis remaja sedikit sebanyak meninggalkan kesan. Kemunculan penyanyi dan pelakon remaja, dengan berita-berita sensasi mengenai kejayaan mereka, telah menarik minat remaja untuk mengikut cara hidup yang sama. Corak pakaian serta tingkah laku kebaratan turut menjadi ikutan mereka.