Penggunaan alat bantuan belajar bagi meningkatkan kemampuan berfikir pelajar / Faiz Zulkifli … [et al.]
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan kemahiranyangpenting da/am proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran matematik dan statistik terutamanya memerlukan pensyarah yang berkemahiran dalam merancang aktivitipembelajaran dan menggunakanpenilaian yang sesuai bagi menanamkan kemahiran ber...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UiTM (UiTM Press)
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23736/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23736/1/AJ_FAIZ%20ZULKIFLI%20JURIM%2018.pdf |
Summary: | Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan kemahiranyangpenting da/am proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran matematik dan statistik terutamanya memerlukan pensyarah yang berkemahiran dalam merancang aktivitipembelajaran dan menggunakanpenilaian yang sesuai bagi menanamkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan produk inovasi baharu dengan menggunakan buku soal jawab dan aplikasi mudah alih. Kajian ini bertujuan untuk menilai keupayaan murid dalam menjawab soalan peperiksaan berdasarkan taksonomi Bloom yang telah disemak semula. Bagi mencapai objektif kajian, 124 orangpelajar sains aktuari dari UiTM telah dipilih sebagai sampel dan mereka telah mengambil subjek statistik bagi dua semester berbeza. Sampel telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan yang mana 59 orang daripadanya belum pernah menggunakan alat bantuan belajar. Manakala, baki 65 orangpelajar telah menggunakan alat bantuan belajar sepanjang semester berjalan. Data telah dianalisis menggunakan anal is is pengukuran Rasch, perisian Ministep. Berdasarkan analisis, kebolehpercayaan bagi soalan peperiksaan adalah agak baik dan bersesuaian dengan keupayaan pelajar dan taksonomi Bloom yang telah dikemas kini. Secara keseluruhan, penggunaan alat bantuan belajar dapat meningkatkan kemampuan pelajar menjawab soalan peperiksaan bertulis. Pengguna telah mencadangkan penambahbaikan terhadapjenis permainan danjuga kualiti audio visual aplikasi mudah alih yang digunakan. Selain itu, soalan di dalam buku soaljawab dan aplikasi mudah alih perlu disahkan olehpakar dalam bidang yang berkaitan. |
---|