Meningkatkan keputusan ujian Bahasa Mandarin melalui inovasi aplikasi "e-Kosa Kata" / Teh Hong Siok, Goh Chin Shuang and Noor Aizah Abas
Bahasa Mandarin merupakan salah satu daripada tujuh bahasa ketiga yang ditawarkan di UiTM dan mempunyai bilangan pelajar yang paling ramai. Di sesetengah fakulti di UiTM, keputusan ujian bahasa Mandarin adalah lemah berbanding di fakulti lain. Justeru, projek ini dijalankan untuk meningkatkan keputu...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UiTM (UiTM Press)
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23750/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23750/1/AJ_TEH%20HONG%20SIOK%20JURIM%2018.pdf |
Summary: | Bahasa Mandarin merupakan salah satu daripada tujuh bahasa ketiga yang ditawarkan di UiTM dan mempunyai bilangan pelajar yang paling ramai. Di sesetengah fakulti di UiTM, keputusan ujian bahasa Mandarin adalah lemah berbanding di fakulti lain. Justeru, projek ini dijalankan untuk meningkatkan keputusan bahasa Mandarin Asas 1 di sesetengah fakulti di UiTM. Kajian projek ini dilaksanakan di kampus UiTM Selangor, iaitu kampus Shah A lam, kampus Puncak Perdana dan kampus Puncak A lam. Berdasarkan analisis daripada Student Information Management System (SIMS) di UiTM, keputusan ujian bertulis bahasa Mandarin Asas 1 adalah yang paling lemah berbanding dengan ujian mendengar, ujian membaca dan projek bahasa. Selain itu, peratusan pelajar yang mendapat gred A di fakultiyang dikaji adalah kurang daripada 15% dan pelajar yang mendapat gred C adalah melebihi 30%. Sehubungan itu, aplikasi e-Kosa Kata yang menggunakan Microsoft Sway telah dibangunkan untuk membantupelajar menghafal dan mengingati kosa kata melalui peranti digital. Borang soal selidik turut diedarkan untuk mendapat maklum balas pelajar terhadap keberkesanan e-Kosa Kata tersebut. Seramai 228 responden daripada empat fakulti mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan markah ujian bertulis dan pertambahan peratusan pelajar yang mendapat gred A setelah menggunakan e-Kosa Kata. Aplikasi e-Kosa Kata juga memberi manfaat kepada alam persekitaran, pelajar, pensyarah, jabatan dan universiti. Aplikasi ini juga berpotensi digunakan secara meluas dalam kalangan pelajar danjuga orang awam yang berminat untuk mempelajari bahasa Mandarin asas. |
---|