Faktor-faktor pembangunan tanah wakaf / Kamal Arij Kamaruzaman

Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor pembangunan tanah wakaf.Antara objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor dan halangan pembangunan tanah wakaf. Kajian kualitatif ini menggunakan metod perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan dijalankan dengan membuat rujukan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Kamaruzaman, Kamal Arij
Format: Student Project
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23807/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23807/1/PPd_KAMAL%20ARIJ%20KAMARUZAMAN%20ACI%20B%2016_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor pembangunan tanah wakaf.Antara objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor dan halangan pembangunan tanah wakaf. Kajian kualitatif ini menggunakan metod perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan dijalankan dengan membuat rujukan terhadap buku akademik, laporan mahkamah dan dokumen-dokumen yang berkaitan.Kajian lapangan telah dilakukan dengan temubual dengan orang yang mahir mengenai wakaf bagi mendapat maklumat yang berkaitan. Pembangunan tanah wakaf berbeza di setiap negeri. Hal ini kerana,terdapat MAIN yang telah maju kehadapan yang memantapkan lagi usaha sementara terdapat MAIN yang masih lagi di tahap yang sama. Sokongan yang padu daripada JAWHAR, JAKIM dan agensi-agensi bukan kerajaan amat diperlukan bagi membantu di dalam pembangunan tanah wakaf. Beberapa dapatan kajian yang telah diperolehi daripada penganalisaan telah mengenalpasti beberapa faktor-faktor pembangunan dan halangan tanah wakaf. Justeru itu,kajian ini telah mengutarakan beberapa cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cadangan yang mendalam berkaitan tanah wakaf perlulah diperbanyakkan supaya dapat mentafsir peruntukkan undang-undang tanah wakaf dengan lebih jelas. Segala cadangan yang dikemukakan adalah untuk memantapkan MAIN dari segi pengurusan dan pentadbiran di dalam pembangunan harta tanah wakaf.