Penggunaan buruh langsung dan tidak langsung dalam penyelenggaraan bangunan institut pendidikan tinggi awam dan swasta kajian dari aspek perancangan penggunaan buruh dalam perlaksanaan kerja penyelenggaraan / Rasli Sudin
Penyelenggaraan bangunan merupakan satu bidang yang tidak kurang pentingnya dalam industri binaan. Dengan adanya penyelenggaraan yang terancang dan berterusan sesebuah bangunan dapat dilanjutkan jangkahayat penggunaannya. Institut pengajian tinggi memerlukan satu sistem penyelenggaraan yang berkesan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24194/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24194/1/TD_RASLI%20SUDIN%20AP%2099_5.pdf |
Summary: | Penyelenggaraan bangunan merupakan satu bidang yang tidak kurang pentingnya dalam industri binaan. Dengan adanya penyelenggaraan yang terancang dan berterusan sesebuah bangunan dapat dilanjutkan jangkahayat penggunaannya. Institut pengajian tinggi memerlukan satu sistem penyelenggaraan yang berkesan dan efektif untuk memberi keselesaan kepada pengguna di institusi tersebut. Kepentingan pengurusan penyelenggaraan bukan lagi menjadi isu setempat bahkan telah menjadi agenda negara. Dalam beberapa perbentangan belanjawan yang lalu, kerajaan telah mengeluarkan berbagai arahan supaya setiap agensi kerajaan menjadikan penyelenggaraan sebagai budaya kerja mereka. Didalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, yang paling penting adalah tenaga kerja yang diperiukan agar kerja-kerja penyelenggaraan akan dapat dilaksanakan dengan efisyen dan berkualiti. Oleh itu penulis ingin mengenengahkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pihak penyelenggaraan dalam membuat pemilihan tenaga kerja samada buruh langsung (pekerja sendiri) dan buruh tidak langsung (pekerja kontrak) yang bersesuaian dengan kerja-kerja yang hendak dilaksanakan yang mana selaras dengan budget, kualiti kerja, objektif dan juga polisi penyelenggaraan itu sendiri. Menyedari akan kepentingannya, maka empat buah institut pengajian tinggi telah dipilih untuk dibuat kajian iaitu : institut Teknoiogi Mara, Shah Alam (ITM) □ Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (UKM) □ Universiti Telekom. Bukit Beruang, Melaka (UNITEL) □ Universiti Malays, Kuala Lumpur (UM) Kajian yang dijalankan adalah meliputi skop terhadap faktor-faktor yang berkaitan dengan pengurusan perancangan gunatenaga sebuah organisasi penyelenggaraan bangunan kearah penyelenggaran yang efisyen dan berkualiti iaitu meliputi perkaraperkara berikut ■ Struktur organisasi penyelenggaraan bangunan yang dikaitkan dengan tanggungjawab terhadap organisasi induk. ■ Sistem pentadbiran, polisi dan pengurusan penyelenggaran. ■ Faktor-faktor yang diambilkira untuk mencapai satu pengurusan penyelenggaraan yang efektif iaitu meliputi i) Sistem perancangan kerja-kerja penyelenggaraan. ii) Sistem penyelenggaraan yang diamalkan. iii) Kaeaah atau proses perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan. Disamping itu, beberapa masalah yang dikenalpasti berlaku kepada pihak pengurusan penyelenggaraan dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan akan dikemukakan. Akhir sekali, beberapa cadangan akan dikemukakan untuk membaiki dan mengatasi masalah yang timbul di dalam menjalankan pengurusan penyelenggaraan bangunan Institut pengajian tinggi. |
---|