Cadangan rekabentuk dalaman ‘Indoor Skatepark’ untuk ‘Wild Channel’ di Lot PT 388, Jalan Lahat Falim, 30200 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Mohamad Sulaiman Mat Rashid
Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi proj...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24546/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24546/1/PPd_MOHAMAD%20SULAIMAN%20MAT%20RASHID%20AP%2009_5.pdf |
Summary: | Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan rekabentuk ‘indoor skatepark’ untuk 'Wild Channel’. Tapak yang dicadangkan adalah di Lot. PT 388, Jalan Lahat Falim 30200 Ipoh .Perak Darul Ridzuan. Dengan terhasilnya ‘indoor skatepark’ ini adalah diharapkan dapat mengubah dan memperkenalkan lagi jenama 'Wild Channel’ dengan lebih meluas. Selain itu, masalah sosial para remaja juga diharapkan dapat diatasi. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam kedua-dua ruang ‘exterior & interior’ untuk menonjolkan lagi nilai estetika ‘indoor skatepark’ tersebut. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir ‘indoor skatepark’ ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian-kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan- kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian-kajian yang teiah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej 'Wild Channel’ samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang bersesuaian dan imej jalanan(sfreef) akan cuba diterapkan dalam projek ini supaya ia lebih nampak menarik. |
---|