Cadangan rekabentuk dalaman baru Dr. Jeans Studio di Ipoh Parade , Greentown, 30450 Ipoh, Perak / Nur Hidayah Che Jusoh

Projek ini merupakan cadangan merekabentuk ruang dalaman yang baru untuk Dr. Jeans studio, G07, G08 & G09, Tingkat Bawah, Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30300, Ipoh, Perak. Faktor utama perancangan projek ini adalah untuk menjadikan pusat membaiki barangan denim sebagai satu te...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Che Jusoh, Nur Hidayah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2007
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24690/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24690/1/PPd_NUR%20HIDAYAH%20CHE%20JUSOH%20AP%2007_5.pdf
Description
Summary:Projek ini merupakan cadangan merekabentuk ruang dalaman yang baru untuk Dr. Jeans studio, G07, G08 & G09, Tingkat Bawah, Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30300, Ipoh, Perak. Faktor utama perancangan projek ini adalah untuk menjadikan pusat membaiki barangan denim sebagai satu tempat tumpuan pelanggan yang komersial dan bagi mengatasi masalah yang dihadapi olehkakitangan serta memenuhi kepentingan dan keselesaan pelanggan mereka. Selain itu, keperluan dan perancangan ruang asal bagi kedai ini tidak sistematik iaitu penyediaan ruang laluan pelanggan yang sempit. Penggunaan rekabentuk pameran dan jenis kemasan yang digunakan adalah lama dan tidak menarik. Beberapa kajian telah dilakukan untuk menjalankan projek ini iaitu melalui kajian kes, rujukan, kajian tapak, dan kajian bangunan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya berkenaan dengan projek, mengenalpasti masalah yang ada, serta membuat perbandingan di antara kajian-kajian lain yang telah dibuat. Sehingga kini, kebanyakan pusat membaiki barangan denim di Malaysia masih lagi berada di takuk lama dengan menggunakan rekabentuk dan susunatur yang tidak sesuai. Sistem yang digunakan juga sentiasa memberi masalah kepada pelanggan dan juga kakitangan mereka sendiri. Semoga dengan cadangan merekabentuk ruang dalaman yang baru ini di harap dapat merealisasikan impian Dr. Jeans Studio sebagai satu pusat membaiki barangan denim yang terkenal di Malaysia.