Kajian pengkomputeran sistem penilaian kepuasan bekerja kakitangan / Khairul Nizam Abd Halim, Noor Suriana Abu Bakar and Siti Nurbaya Ismail

Kepuasan bekerja kakitangan merupakan faktor yang penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun, proses penilaian kepuasan bekerja kakitangan secara tradisional (tanpa IT) sukar dilaksanakan serta terdapat kekangan dari segi masa, kos dan gunatenaga. Kekangan-kekangan i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Halim, Khairul Nizam, Abu Bakar, Noor Suriana, Ismail, Siti Nurbaya
Format: Research Reports
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2011
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24826/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24826/1/LP_KHAIRUL%20NIZAM%20ABD%20HALIM%20RMI%2011_5.pdf
Description
Summary:Kepuasan bekerja kakitangan merupakan faktor yang penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun, proses penilaian kepuasan bekerja kakitangan secara tradisional (tanpa IT) sukar dilaksanakan serta terdapat kekangan dari segi masa, kos dan gunatenaga. Kekangan-kekangan ini berlaku keranatiga aspek utama, iaitu tiada saluran mantap yang disediakan, kehilangan data atau data tidak lengkap serta memerlukan masa yang terlalu lama untuk menganalisa data bagi menghasilkan laporan. Oleh itu, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk merekabentuk rangka kerja sistem penilaian kepuasan bekerja kakitangan berkomputer, membangunkan prototaip sistem penilaian kepuasan bekerja kakitangan berkomputer dan menentukan tahap penerimaan sistem penilaian kepuasan bekerja kakitangan berkomputer. UiTM kampus Pahang, Cawangan Jengka telah dipilih sebagai sampel kajian kes dan dalam kajian ini proses penilaian kepuasan bekerja kakitangan secara tradisional telah dikenalpasti dan dimodelkan. Manakala proses bagi sistem penilaian kepuasan bekerja kakitangan berkomputer telah dikenalpasti melalui Rajah Hubungan Entiti (Entity Relationship Diagram-ERD) dan Rajah Aliran Data (Data Flow Diagram-DFD). Rekabentuk sistem penilaian kepuasan bekerja kakitangan berkomputer yang terdiri daripada senibina dan komponenkomponennya, konfigurasi dan modul-modul sistem yang terlibat telah dikenalpasti dan dibangunkan menggunakan metodologi prototaip evolusi. Penemuan utama daripada kajian ini adalah sebuah sistem penilaian kepuasan bekerja kakitangan berkomputer yang dinamakan sebagai Electronic-Employee Satisfaction Survey System"(e-EmSatS). Hipotesis utama kajian ini iaitu sistem berkomputer lebih baik daripada sistem tradisional dalam proses penilaian telah diterima berdasarkan keputusan ujian kolerasi Spearman yang telah dilaksanakan.