Cadangan menaiktaraf rekabentuk dalaman “Nordin Batik Centre’ Wisma Nordin, Lot 74, Kg Paloh, Jalan Pintu Geng, 15050 Kota Bharu, Kelantan / Rosliza Razali

Laporan akhir dihasilkan untuk menganalisa projek akhir bagi kursus Diploma Rekabentuk Dalaman. Tajuk projek yang dicadangkan ialah Cadangan Menaiktaraf Rekabentuk Dalaman “NORDIN BATIK CENTER” di Wisma Nordin, Lot 74, Kg. Paloh, Jalan Pintu Geng, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Sebelum menjalankan kaji...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Razali, Rosliza
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2007
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24893/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24893/1/PPd_ROSLIZA%20RAZALI%20AP%2007_5.pdf
Description
Summary:Laporan akhir dihasilkan untuk menganalisa projek akhir bagi kursus Diploma Rekabentuk Dalaman. Tajuk projek yang dicadangkan ialah Cadangan Menaiktaraf Rekabentuk Dalaman “NORDIN BATIK CENTER” di Wisma Nordin, Lot 74, Kg. Paloh, Jalan Pintu Geng, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Sebelum menjalankan kajian ini, pelbagai prosedur perlu dilalui mengikut peringkat-peringkat tertentu. Pelbagai faktor penting perlu diambil kira termasuklah persekitaran luar tapak. Langkah pertama sebelum melakukan projek ini ialah mengenal pasti setiap masalah di tapak cadangan. Mengenal masalah , mengkaji masalah dan mencari penyelesaian dianggap sebagai suatu elemen penting yang harus dinilai dari perspektif yang sewajamya. Ianya bertujuan untuk menyelesaikan setiap masalah yang ada dengan lebih efisyen dan sistematik agar ianya sesuai dengan projek rekabentuk yang dicadangakan. Kajian bermula dari asas bangunan hingga ke bahagian bumbung bangunan. Selain itu, kajian terhadap butik ,kilang, bengkel batik dan pusat kraf juga diambil kira sebagai kajian kes terhadap projek ini yang mana ianya mempunyai hubungkait dengan projek ini. Sehubungan itu, kajian dan proses pengumpulan data diterapkan dalam proses rekabentuk untuk melahirkan suatu rekabentuk yang selesa, menarik dan seimbang di samping mewujudkan imej dan gaya yang tersendiri. Justeru itu, satu perancangan yang teliti telah dibuat bagi rekabentuk cadangan ruang yang diinginkan. Beberapa aspek penting perlu diambil kira untuk memastikan ruang yang dicadangkan mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pengguna. Keselesaan pengguna juga amat penting agar mereka dan pemilik dapat menikmati ruang yang selesa dan berkesesuain dengan konsep yang ingin disampaikan. Bagi menghidupkan suasana ruang yang diinginkan, faktor psikologi ruang memainkan peranan penting dan bersesuaian dengan elemen yang dimuatkan di ruang tersebut agar pengunjung yang datang dapat merasa dan menghayati suasana serta menikmati setiap aktiviti yang dijalankan di setiap ruang.