Laporan cadangan reka bentuk dalaman “Batik and Handicraft Centre” di alamat Lot 9575 S, Jalan Gopeng Daerah Kinta, Bandar Ipoh, 31350 Perak Darul Ridzuan. / Nurfarhana Abdul Jalil
Bangsa Melayu mempunyai banyak kepandaian terutamanya dalam bidang kesenian seperti dalam bidang kesenian seperti dalam bidang seni kraftangan. Seni-seni kraftangan tersebut termasuklah seni menenun, mencanting dan membatik yang merupakan aset warisan Melayu yang tidak temilai harganya. Pada era mas...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25174/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25174/1/PPd_NURFARHANA%20ABDUL%20JALIL%20AP%2009_5.pdf |
Summary: | Bangsa Melayu mempunyai banyak kepandaian terutamanya dalam bidang kesenian seperti dalam bidang kesenian seperti dalam bidang seni kraftangan. Seni-seni kraftangan tersebut termasuklah seni menenun, mencanting dan membatik yang merupakan aset warisan Melayu yang tidak temilai harganya. Pada era masa kini, mungkin ramai yang mengenali batik, songket atau fabrik lain sebagai pakaian, tetapi tidak mengetahui dengan lebih mendalam tentang seni pembuatannya., pemilihan motif dan coraknya. Keadaan ini telah mendorong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk mempergiatkan lagi usaha bagi menarik minat masyarakat lebih menghargai dan meminati seni tekstil ini, bukan hanya sekadar pakaian tetapi sebagai seni warisan yang harus dikekalkan dan sangat tinggi nilainya. Selain itu juga seni ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan dan sebagai satu usaha yang boleh dikembangkan untuk meningkatkan ekonomi negara. Batik merupakan satu seni tekstil yang begitu unik dan harus dikekalkan nilai keseniannya. Memandangkan sekarang ini di negeri Perak hanya terdapat Pusat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang hanya mempromosikan produk kraftangan tempatan tetapi sayangnya seni tekstil batik yang semakin popular di kalangan masyarakat tempatan dan luar negara tidak diketengahkan dan dipromosikan dalam Pusat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Perak Darul Ridzuan. Oleh sebab itu, maka sebuah pusat bagi menempatkan seni tekstil batik dan kraftangan khususnya amat diperlukan. ‘ Pusat Batik dan Kraftangan’ merupakan sebuah pusat bagi memperkenalkan dan mempromosikan warisan batik Malaysia kepada masyarakat setempat mahupun masyarakat asing. |
---|