Kearah peningkatan imej bandar Taiping melalui peranan pusat bandar / Hasnul Nazmi Mohammad

Kejelasan sesebuah bandar sering dikaitkan dengan kecantikan susunan elemen-elemen melalui kewujudan aktiviti manusia yang responsif. Walaubagaimanapun pembangunan bandar-bandar di Malaysia mengabaikan kepentingan kejelasan imej sesebuah bandar menyebabkan ciri-ciri sesebuah bandar hampir sama....

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hasnul Nazmi, Mohammad
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 1994
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/256/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/256/1/PP_HASNUL%20NAZMI%20MOHAMMAD%2094_5%201.pdf
Description
Summary:Kejelasan sesebuah bandar sering dikaitkan dengan kecantikan susunan elemen-elemen melalui kewujudan aktiviti manusia yang responsif. Walaubagaimanapun pembangunan bandar-bandar di Malaysia mengabaikan kepentingan kejelasan imej sesebuah bandar menyebabkan ciri-ciri sesebuah bandar hampir sama. Sehubungan itu bandar Taiping tidak kecuali berhadapan dengan masalah ini iaitu tidak mempunyai elemen imej yang kuat untuk menggambarkan secara keseluruhan. Jesteru itu satu tindakan ke arah mempertingkatkan imej bandar Taiping melalui peranan pusat bandar perlu diambil dengan melihat intergrasi di antara karektor fizikal rupabandar, elemen semulajadi, aktiviti manusia dan warisan sejarah untuk menggambarkan secara menyeluruh. Sehingga kini pihak MPT beberapa langkah-langkah telah diambil seperti disediakan dalam Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan tetapi hasil yang positif masih menimbul tanda tanya kerana berhadapan beberapa masalah. Selain daripada itu bagi membentuk imej bandar yang ideal memerlukan suatu proses interaksi di anatara manusia dan persekitaran adalah merupakan suatu aspek yang subjektif atau mengikut interpetasi bagi setiap individu mengikut latarbelakang atau kecenderungan. Di mana dalam mempastikan seni rekabentuk bandar tidak tertumpu kepada nilai estetik semata-mata tetapi melibatkan aktiviti manusia, keperluan aspek perancangan atau perundangan serta perlaksanaannya di atas tapak. Oleh itu pusat bandar Taiping memerlukan pendekatan kawalan atau penyediaan komponen projek pembangunan yang menyeluruh bagi mengatasi masalah dan menggunakan potensi setempat. Masalah atau potensi yang dikenalpasti ini perlu diambilkira dalam membentuk suatu konsep serta pendekatan dalam membentuk imej bandar Taiping secara menyeluruh. Ini memerlukan satu garispanduan dan brief pembangunan bagi pusat bandar secara menyeluruh yang dapat memandu pembangunan ke arah meningkatkan imej keseluruhan bandar Taiping melalui peranan di pusat bandar.