Kawalan keatas penambahan dan pengubahsuaian bangunan rumah kediaman oleh pihak berkuasa tempatan / Nor Irewan Shah Ibrahim

Permintaan yang tinggi keatas kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian ini menyebabkan bebanan dan tanggungan yang tinggi kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi memastikan sesuatu kerja penambahan dan pengubahsuaian yang dijalankan pada sesuatu bangunan itu tidak bersalahan dengan undangundang, pemil...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim, Nor Irewan Shah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25788/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25788/1/PPb_NOR%20IREWAN%20SHAH%20IBRAHIM%20AP%2009_5.pdf
Description
Summary:Permintaan yang tinggi keatas kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian ini menyebabkan bebanan dan tanggungan yang tinggi kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi memastikan sesuatu kerja penambahan dan pengubahsuaian yang dijalankan pada sesuatu bangunan itu tidak bersalahan dengan undangundang, pemilik hendaklah memohon kelulusan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan memastikan kerja penambahan dan pengubahsuaian tersebut mematuhi peruntukan undang-undang serta garis panduan yang telah ditetapkan. Apa yang dikesalkan adalah apabila sesuatu kerja penambahan dan pengubahsuaian yang dijalankan kepada sesuatu bangunan itu melanggar undangundang serta tidak dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Objektif pertama kajian ini adalah mengkaji proses kelulusan bagi permohonan untuk menjalankan kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian keatas rumah kediaman. Disamping itu objektif kedua kajian ini lebih tertumpu kepada proses kawalan/tindakan penguatkuasaan keatas kerja penambahan dan pengubahsuaian keatas rumah kediaman. Objektif ketiga kajian ini untuk memahami persepsi dan pandangan pemilik rumah dan pihak Perunding terhadap kerja-kerja tambahan dan pengubahsuaian keatas rumah kediaman. Kaedah temubual digunakan bagi mencapai objektif pertama dan kedua. Pegawai PBT adalah orang yang berkelayakan untuk ditemubual. Oleh itu tiga PBT yang dipilih iaitu MBPJ, MBSA dan MPSJ dipilih untuk menjayakan sesi temubual ini. Manakala kaedah soal selidik digunakan bagi mencapai objektif ketiga. Pemilik dan perunding yang berurusan di ketiga-tiga kawasan iaitu MBPJ, MBSA dan MPSJ dipilih untuk menjayakan sesi soal selidik. Kajian mendapati bahawa kebanyakan pemilik rumah berpengetahuan keatas kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian ini. Walaubagaimanapun pengetahuan sahaja tidak mencukupi untuk melayakkan pemilik untuk mengemukakan permohonan ke Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak perunding adalah orang yang berkelayakan untuk membimbing, menasihati dan membantu pemilik dalam membuat permohonan ke Pihak Berkuasa Tempatan. Kajian ini juga menjelaskan bahawa pihak Perunding adalah orang yang pakar dan mahir dalam bidang ini. Kajian juga mendapati proses kelulusan yang diamalkan pada ketiga-tiga Pihak Berkuasa Tempatan adalah berkesan. Setelah kelulusan sehari atau 24 jam diperkenalkan masalah kelambatan tempoh kelulusan dapat diatasi dengan berjayanya. Walaubagaimanapun, proses aduan dan penguatkuasaan terhadap binaan tanpa kebenaran dan melencung adalah tidak memuaskan pada ketiga-tiga Pihak Berkuasa Tempatan. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga Pihak Berkuasa Tempatan ini tidak tegas dalam menangani kerja penambahan dan pengubahsuaian yang bersalahan dengan undang-undang.