Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam : kajian di negeri Perak / Paiz Hassan, Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin and Ahmad Fauzee Abdullah

Wakaf adalah salah satu aktiviti ekonomi yang terdapat dalam Islam. Aktiviti wakaf banyak membantu umat Islam dalam pembangunan ekonomi serta memberi manfaat kepada masyarakat Islam. Amalan wakaf juga tidak terhad untuk manfaat dunia, tetapi ganjaran akan terus berterusan di akhirat nanti. Majlis Ag...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Paiz, Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim, Abdullah, Ahmad Fauzee
Format: Research Reports
Language:English
Published: Research Management Institute (RMI) 2011
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26378/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26378/1/LP_PAIZ%20HASSAN%2011_5.pdf
Description
Summary:Wakaf adalah salah satu aktiviti ekonomi yang terdapat dalam Islam. Aktiviti wakaf banyak membantu umat Islam dalam pembangunan ekonomi serta memberi manfaat kepada masyarakat Islam. Amalan wakaf juga tidak terhad untuk manfaat dunia, tetapi ganjaran akan terus berterusan di akhirat nanti. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai pemegang amanah bertanggungjawab untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan pembangunan hartanah wakaf. Pembangunan ini sangat penting untuk meningkatkan ekonomi umat Islam terutama di kawasan bandar yang dimonopoli oleh orang bukan Islam dan untuk menambah bilangan umat Islam yang merupakan golongan minoriti di kawasan bandar. Oleh itu, kajian ini akan melihat sejauh mana harta wakaf memainkan peranan dalam membangunankan ekonomi umat Islam di negeri ini serta mengenalpasti usahausaha dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak majlis dalam membangunkan hartanah wakaf di negeri Perak.