Pelaksanaan kemudahan sokongan rekreasi di Pantai Sepat Kuantan Pahang / Nor Syazwani Mohd Ismail
Kajian pelaksanaan kemudahan sokongan rekreasi di Pantai Sepat Kuantan Pahang ialah bertujuan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan rekreasi utama masyarakat dengan menyediakan keperluan dan kemudahan yang mencukupi. Terdapat lima peringkat pendekatan kajian yang digunakan dalam kajian i...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26384/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26384/1/PPd_NOR%20SYAZWANI%20MOHD%20ISMAIL%20AP%2013_5.pdf |
Summary: | Kajian pelaksanaan kemudahan sokongan rekreasi di Pantai Sepat Kuantan Pahang ialah bertujuan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan rekreasi utama masyarakat dengan menyediakan keperluan dan kemudahan yang mencukupi. Terdapat lima peringkat pendekatan kajian yang digunakan dalam kajian ini iaitu peringkat pendahuluan di mana ianya menjelaskan pemahaman tentang cara untuk mencapai matlamat dan objektif serta skop kajian yang hendak dikaji bagi menangani isu masalah di kawsan kajian. Peringkat kajian teoritikal iaitu peringkat dua yang akan memantapkan pengetahuan tentang kajian berkaitan dengan definasi, fungsi rekreasi dan sebagainya. Seterusnya bab tiga, kawasan kajian yang menerangkan tentang latar belakang kawasan kajian, gunatanah kawasan kajian serta isu-isu yang terdapat di kawasan kajian. Peringkat seterusnya pula ialah peringkat ke empat iaitu iaitu peringkat metodologi dan analisis. Metodologi adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat kawasan kajian yang merangkumi dua kaedah pengumpulan data primer iaitu kaedah pengamatan kawasan kajian dan kaji selidik yang meliputi soal selidik pengunjung kawasan rekreasi Pantai Sepat. Seterusnya peringkat menganalisis data. Peringkat ini dilakukan bagi mengenalpasti isu dan potensi di kawasan kajian. Pada peringkat cadangan iaitu peringkat terakhir, segala isu dan masalah yang telah dikenalpasti dalam peringkat analisis akan diatasi dengan mengemukakan cadangan untuk mengatasi. Penemuan daripada kajian mendapati bahawa masalah kekurangan penyediaan kemudahan sokongan, kemudahan rekreasi dan kemudahan kebolehsampaian golongan orang kurang upaya. |
---|