Kajian ke atas nilai kadar pembaziran bahan binaan di tapak bina / Norsuzilawati Abdul Malek
Penilaian kadar pembaziran bahan binaan di tapak bina merupakan suatu proses yang mana pihak kontraktor menggunakan peratusan pembaziran yang sesuai atau telah ditetapkan oleh pihak syarikat semasa memasukkan harga tender. Penilaian kadar pembaziran ini mungkin djdapati daripada pengalaman lepas...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26446/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26446/1/TD_NORSUZILAWATI%20ABDUL%20MALEK%20AP%2002_5.pdf |
Summary: | Penilaian kadar pembaziran bahan binaan di tapak bina merupakan suatu proses
yang mana pihak kontraktor menggunakan peratusan pembaziran yang sesuai atau
telah ditetapkan oleh pihak syarikat semasa memasukkan harga tender. Penilaian
kadar pembaziran ini mungkin djdapati daripada pengalaman lepas tentang bahan
binaan atau dari beberapa pengarang buku atau hanya dengan menganggarkan
kemurigklnari pembaziran yang difikirkan- berlaku.
Kadar yang mereka perolehi dari sumber tadi mungkin ada antaranya adalah
tepat tetapi kebanyakan nilai kadar ini tidak mempunyai bukti yang praktikal. Ini
menyebabkan nilai kadar yang digunakan didapati kurang atau terlebih untuk
menanggung keadaan sebenarnya. Terdapat juga faktor-faktor lain yang
menyebabkan kadar pembaziran bahan di tapak bina ini berbeza-beza. Di antaranya
disebabkan oleh jenis pembaziran itu sendiri, iaitu samada pembaziran secara
langsung dan tidak langsung Pembaziran secara langsung boleh didefinisikan
sebagai pembaziran yang melibatkan kerugian dalam bentuk fizikal bahan manakala
pembaziran tidak langsung menerangkan pembaziran yang melibatkan penggunaan
bahan yang mana pihak kontraktor tidak layak untuk memohon sebarang gantirugi.
kajian
Di dalam dissertasi ini bebetapa tapak bina telah dipilih untuk dijadikan kajian
Kes. Antaranya ialah Majulia Sdn. Bhd, Selangor Industrial Corporation, L’grande Development Sdn. Bhd, PKNS Engeneering and Construction Bhd, HAS Gemilang Sdn. Bhd, Taming Bhd, Sungei Wei Construction, Kumpulan Sakata Sdn Bhd, Bina Alam Bersatu Sedn Bhd. Dan Mercumaju Sdn. Bhd.
Oleh yang demikian, apa yang wajar dilakukan ialah sistem pengurusan yang
teratur dan kaedah yang teliti perlu dititikberatkan agar dapat memberi suatu
pandangan yang positif, maka hasilnya masalah pembaziran bahan binaan dapat
ditangani. |
---|