Pengekalan aliran tunai untuk firma pengurusan hartanah kes kajian : Lembah Klang dan Negeri Selangor / Irmarizan Muhammad Sirat

Krisis ekonomi yang melanda rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sejak tahun lalu memerlukan tindakan berani, inovatif, drastik dan langkah-langkah konvensional bagi menangani masalah ini. Kegawatan ekonomi ini hampir melumpuhkan pertumbuhan dan nilai pasaran perdagangan negara - negara rantau ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Sirat, Irmarizan
Format: Thesis
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26693/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26693/1/TD_IRMARIZAN%20MUHAMMAD%20SIRAT%20AP%2099_5.pdf
Description
Summary:Krisis ekonomi yang melanda rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sejak tahun lalu memerlukan tindakan berani, inovatif, drastik dan langkah-langkah konvensional bagi menangani masalah ini. Kegawatan ekonomi ini hampir melumpuhkan pertumbuhan dan nilai pasaran perdagangan negara - negara rantau ini dengan mata wang dan ekonomi telah menjadi mangsa tekanan dan banyak negara terpaksa menghadapi kenyataan kemungkinan dilanda kemelesetan. Ada di kalangan negara tersebut terpaksa meminta bantuan kewangan dari negara barat termasuk daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Di Malaysia krisis ekonomi telah menyebabkan nilai mata wang ringgit susut nilainya, pasaran saham menurun, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terpaksa dikurangkan, kadar inflasi dan harga barangan meningkat, begitu juga pengangguran. Serangan spekulasi matawang bukan perkara baru. Beberapa tahun lalu, Asia Tenggara telah pun diberi amaran terhadap risiko ini. Jika dilihat pada awalnya, pelabur asing yang mudah percaya dan terlalu ghairah melabur wang mereka ke negara-negara Asia, sedangkan mereka sendiri tidak begitu arif dengan keadaan negara tersebut. Seterusnya kegawatan ekonomi ini adalah disebabkan oleh sistem perbankan yang tidak kemas. Semua negara yang dilanda kegawatan ketika ini, di mana wujud garisan yang kabur antara sektor awam dan swasta. Jika di lihat di negara Asia terlalu ramai orang diberi keistimewaan tanpa pertanggungjawapan, dengan membiarkan mereka membuat percaturan. Pinjaman yang di beri adalah merangkumi bidang hartanah yang mempunyai kesan spekulatif yang amat tinggi, di samping membuat pelaburan untuk membesarkan syarikat. Semua pinjaman secara tidak bertanggungjawab itu mewujudkan pertumbuhan mendadak dalam bidang hartanah dan pasaran saham. Namun begitu apabila terjadinya kejatuhan mendadak pasaran semikondaktor dan peningkatan kadar pertukaran dolar-yen di samping itu terdapatnya faktorfaktor lain yang boleh meledakkan keadaan. Semua perkara ini menyebabkan pelabur-pelabur yang gementar mula mengeluarkan wang daripada bank, seterusnya perkara inilah yang menyebabkan kejatuhan mata wang berlaku dengan lebih teruk