Kajian mengenai kerosakan struktur kayu ( Rumah Melayu Tradisional ) / Mohd Sukaimi Hamzah
Kayu merupakan salah satu bahan binaan yang penting dalam industri binaan dari dulu hingga sekarang. Pembinaan rumah kayu amat meluas sebelumnya wujudnya bahan binaan lain seperti batu-bata, simen, besi keluli dan sebagainya. Masa telah merubah segalanya. Sejajar dengan teknologi binaan, rumah kayu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26697/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26697/1/TD_MOHD%20SUKAIMI%20HAMZAH%20AP%2000_5.pdf |
Summary: | Kayu merupakan salah satu bahan binaan yang penting dalam industri binaan dari dulu hingga sekarang. Pembinaan rumah kayu amat meluas sebelumnya wujudnya bahan binaan lain seperti batu-bata, simen, besi keluli dan sebagainya. Masa telah merubah segalanya. Sejajar dengan teknologi binaan, rumah kayu semakin kurang mendapat tempat. la juga didorong oleh sumber kayu yang semakin terhad, mahal dan sukar untuk didapati. Walaupun begitu , terdapat lagi rumah-rumah kayu lama di kampungkampung dan pinggir bandar yang kekal hingga ke hari ini. Keadaan ini juga membuktikan kayu mempunyai daya ketahanan yang tersendiri. Keadaan rumah ini berbeza-beza mengikut penjagaan oleh tuan rumah, terdapat yang terbiar dan ada yang masih berada dalam keadaan baik. Rumah Melayu ini patut dikekalkan sebagai satu warisan kesenian bangsa Melayu yang kini semakin pupus. Oleh itu kajian ini dijalankan memandangkan rumah jenis ini semakin disisihkan dan bagi mendapatkan pengetahuan serta gambaran tentang kerosakan yang dialami oleh rumah tradisional Melayu. Pengetahuan tentang kerosakan struktur adalah penting bagi memudahkan pembaikan dan penjagaan dilakukan pada masa depan. |
---|