Perpustakaan Masjid di Negeri Kedah: satu tinjauan. / Azree Ahmad…[et al.]
Masjid dan perpustakaan sebenarnya merupakan gabungan harmonis dalam keilmuan masyarakat Islam kerana tidak mungkin sesuatu institusi ilmu itu dapat berkembang tanpa perpustakaan. Masjid seperti yang kita ketahui bukan sahaja merupakan tempat untuk beribadah, tetapi berfungsi juga untuk menjalank...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | Malay |
Published: |
Research Management Institude
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28476/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28476/1/LP_AZREE%20AHMAD%20RMI%20K%2005_5.pdf |
Summary: | Masjid dan perpustakaan sebenarnya merupakan gabungan harmonis dalam
keilmuan masyarakat Islam kerana tidak mungkin sesuatu institusi ilmu itu dapat
berkembang tanpa perpustakaan. Masjid seperti yang kita ketahui bukan sahaja
merupakan tempat untuk beribadah, tetapi berfungsi juga untuk menjalankan
pelbagai aktiviti penting seperti pendidikan di mana ilmu pengetahuan itu
dikembangkan. Bangunan atau ruang perpustakaan masjid di Malaysia
kebanyakannya dibina dalam lingkungan kawasan masjid dan jelas memperlihatkan
kecenderungan menimba ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun kewujudan
perpustakaan masjid ini telah menimbulkan pelbagai persoalan. Oleh itu satu
tinjauan ke atas perpustakaan masjid telah dilakukan. Responden penyelidikan ini
meliputi 530 buah masjid di seluruh negeri Kedah Darul Aman. Penemuan
penyelidikan mendapati koleksi perpustakaan masjid terdiri daripada bahan
maklumat berkaitan dengan agama Islam. Pengurusan perpustakaan masjid pula
adalah atas dasar sukarela dari kalangan ahli kariah. Kemudahan dan peralatan
perpustakaan masjid adalah ditahap minima yang perlu ada di sesebuah
perpustakaan. |
---|