Teknologi komunikasi dan proses pembentukan masyarakat bermaklumat: satu analisis semula peranan media elektronik di Malaysia / Mokhtar Muhammad , Abdullah @ Kassim Mohamad , Darusalam Abu Bakar , Jamaludin Abdul Rashid , Haliza Hasan
Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat sama ada terdapat pertalian di antara teknologi komunikasi dari proses pembentukan masyarakat bermaklumat. Kajian ini meliputi semua penduduk Malaysia yang terdedah kepada salah satu daripada media informasi elektronik (radio; televisyen, briteks dan i...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3741/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3741/1/LP_MOKHTAR%20MUHAMMAD_98_5%202.pdf |
Summary: | Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat sama ada terdapat pertalian di antara teknologi
komunikasi dari proses pembentukan masyarakat bermaklumat. Kajian ini meliputi semua
penduduk Malaysia yang terdedah kepada salah satu daripada media informasi elektronik
(radio; televisyen, briteks dan internet). Mereka juga terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.
Penganalisaan kajian mengenai impak media ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang
didapati dari kumpulan responden tersebut. Perbincangan tentang hasil kajian dibuat dengan
terperinci meliputi aspek-aspek seperti (i) Penggunaan Media Elektronik, (ii) Keberkesanan
Siaran Pendidikan di Radio dan Televisyen, (iii) Peranan Teknologi Komunikasi Dalam
Pembentukan Masyarakat Bermaklumat dan (iv) Faktor Demografi Responden
Secara keseluruhan kajian mendapati bahawa majoriti responden memiliki radio'dan/atau
televisyen dan lebih kerap mengikuti rancangan di televisyen berbanding radio. Kajian ini juga
menunjukkan bahawa majoriti responden tidak menggunakan internet, lebih-lebih lagi briteks.
Dari segi peranan media dalam membentuk masyarakat bermaklumat pula, kajian
menunjukkan bahawa majoriti responden berpendapat bahawa televisyen memainkan
peranan terpenting berbanding dengan media lain. Responden juga telah menyatakan tentang
keupayaan maklumat yang diterima melalui media-media dalam mempengaruhi mereka
dalam menerima sesuatu perubahan. |
---|