Korelasi antara persekitaran pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian pelajar dalam matematik : satu kajian kes / Salina Hamed, Peridah Bahari and Abdul Ghani Kanesan Abdullah

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti korelasi antara persekitaran pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian pelajar dalam matematik di 12 buah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kaedah soal selidik digunakan dalam proses pengumpu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamed, Salina, Bahari, Peridah, Kanesan Abdullah, Abdul Ghani
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang & Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) 2008
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4031/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4031/1/AJ_SALINA%20HAMED%20ESTEEM%2008.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti korelasi antara persekitaran pembelajaran matematik, sikap pelajar terhadap matematik, dan pencapaian pelajar dalam matematik di 12 buah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kaedah soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data tentang persekitaran pembelajaran matematik dan sikap pelajar terhadap matematik, yang melibatkan sebanyak 1,301 orang pelajar Tingkatan Empat. Data daripada proses soal selidik dianalisis dengan menggunakan teknik analisis statistik deskriptif, ujian t, korelasi Pearson, analisis varians sehala (ANOVA-sehala), dan regresi berganda. Dapatan analisis korelasi Pearson mendapati bahawa wujudnya korelasi yang signifikan antara persekitaran pembelajaran matematik dengan sikap pelajar terhadap matematik. Analisis teknik regresi berganda menunjukkan bahawa terdapat tiga peramal persekitaran pembelajaran matematik yang signifikan bagi sikap pelajar terhadap matematik, iaitu penglibatan pelajar, organisasi kelas, dan orientasi tugasan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa wujud korelasi yang signifikan antara sikap pelajar terhadap matematik dengan pencapaian pelajar dalam matematik.