Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan kepekatan logam berat (Pb, Zn, Cd dan Cu) udara di Bandar Jengka Pahang / Mohd Zahari Abdullah @ Rafie, Megat Ahmad Kamal Megat Hanafiah and Mohd Tahir Abas

Lima bahan pencemar udara iaitu zarahan terampai (TSP), gas karbon monoksida (CO), sulfur dioksida (S02), ozon (O3) dan nitrogen dioksida (N02) telah ditentukan kepekatannya antara 17 Mei 2005 hingga 16 Jun 2005. Nilai sub-indeks dan nilai IPU telah ditentukan berdasarkan kepada kepekatan kelima-li...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah @ Rafie, Mohd Zahari, Megat Hanafiah, Megat Ahmad Kamal, Abas, Mohd Tahir
Format: Research Reports
Language:English
Published: Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) 2005
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8029/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8029/1/LP_MOHD%20ZAHARI%20ABDULLAH%40RAFIE%20IRDC%2005_5%201.pdf
Description
Summary:Lima bahan pencemar udara iaitu zarahan terampai (TSP), gas karbon monoksida (CO), sulfur dioksida (S02), ozon (O3) dan nitrogen dioksida (N02) telah ditentukan kepekatannya antara 17 Mei 2005 hingga 16 Jun 2005. Nilai sub-indeks dan nilai IPU telah ditentukan berdasarkan kepada kepekatan kelima-lima bahan pencemar tersebut. Penentuan indeks pencemaran udara (IPU) adalah mengikut kaedah yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan juga oleh pihak ASMA. Taburan IPU yang diperolehi menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kepekatan semua bahan pencemar berada di bawah paras yang dicadangkan oleh pihak berkuasa. Julat nilai IPU sepanjang tempoh kajian adalah di antara 29 hingga 171 mengikut skala IPU. Terdapat lima bacaan IPU yang melebihi paras 100 pada skala IPU . Nilai IPU yang tinggi ini adalah dipengaruhi oleh kepekatan TSP dan tidak oleh bahan pencemar yang lain. Kepekatan tertinggi empat logam berat yang dianalisis daripada sampel TSP iaitu Cu (8.2 ug/m3), Cd (0.0 ug/m3 ) , Pb (1.27 ug/m3) dan Zn (98 ug/m3) secara amnya menunjukkan bahawa kepekatan ke empat-empat logam tersebut adalah rendah dan diramalkann tidak akan membahayakan kesihatan umum.