Istiadat Konvokesyen Ke-78 : 11-21 Mei 2013 : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh; Selamat Sejahtera, Salam Satu Malaysia, dan UiTM Sentiasa Di Hatiku Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalualukan tetamu yang hadirdalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA kali ke-78 ini. Jelas sekali, saya dapat merasakan kegembiraan y...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
Jabatan Komunikasi Korporat
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8182/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8182/1/BUKU%20KONVO%20KE-78.pdf |
Summary: | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh;
Selamat Sejahtera, Salam Satu Malaysia, dan UiTM
Sentiasa Di Hatiku Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalualukan tetamu yang hadirdalam Istiadat Konvokesyen
Universiti Teknologi MARA kali ke-78 ini. Jelas sekali,
saya dapat merasakan kegembiraan yang terpancar dalam hati dan sanubari ibu bapa dan sanak-saudara kerana kejayaan graduan yang diraikan pada konvokesyen kali ini. Syabas, tahniah dan bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pada kali ini, seramai 21,976 orang mahasiswa berjaya menamatkan
pengajian masing-masing. Kejayaan ini sudah tentu
memerlukan kecekalan dan daya juang yang tinggi dan bukan sedikit pengorbanan dari pihak saudarasaudari sendiri mahupun ibu bapa dan para penjaga. Pengorbanan ibu bapa penjaga dari segi wang ringgit, doa restu yang tidak putus-putus wajarlah dikenang dan disanjung tinggi. Balasannya bukanlah dengan kejayaan kita mengenggam segulung ijazah ini semata-mata tetapi yang lebih baik ialah balasan yang lebih tinggi nilainya dalam bentuk limpahan kasih sayang saudara-saudari setelah berjaya dalam
kerjaya masing-masing kelak.Pendidikan universiti bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah tetapi yang lebih utamanya ialah bagaimana kita menggunakan segulung ijazah untuk berbakti kepada anak bangsa. Kita bersyukur kerana
universiti ini merupakan universiti terbesar di Malaysia
yang menyediakan kita bukan hanya dengan pendidikan akademik semata-mata tetapi yang lebih utama menyediakan kita menjadi insan yang berketerampilan,matang dan berdayasaing. Kejayaan universiti dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan temyata menjadikan
graduan yang dilahirkan ini mampu memasarkan diri selaras dengan keinginan pasaran serta tuntutan dan harapan masyarakat, agama dan negara.Graduan juga patut bersyukur dengan mengingati kejayaan yang telah dicapai hanyalah langkah awal kepada perjalanan yang masih panjang.
Proses menuntut ilmu sebenarnya tidak pernah pelajaran ke peringkat tertinggi. Kalau bekerja sekalipun, jangan segan-silu untuk terus belajar.Jika sebelum ini saudara-saudari adalah pelajar, kini saudara-saudari telah menjadi alumni UiTM.Sebagai alumni UiTM, saudara-saudari adalah
antara stakeholders yang utama kepada universiti ini. Sebagai stakeholders kepada universiti ini, inisiatif
untuk mengekalkan hubungan antara para alumni dengan universiti secara berterusan hendaklah digerakkan dengan proaktif. Saudara dan saudari boleh berperanan sebagai mentor kepada para juniors yang masih menuntut. Inisiatif ini boleh diupayakan melalui perkongsian kisah kejayaan, motivasi, wacana dan forum. Justeru itu saya juga memohon agar para graduan selalu mengenang jasa universiti ini. Menyemai rasa kasih pada tempat mereka mula mencari ilmu.
Kembalilah untuk memberi bakti. Kiranya kesemua bekas pelajar yang telah dibentuk di sini kembali memberi bakti di dalam apa bentuk sekalipun sudah tentu akan memberi "keberuntungan" kepada universiti yang kita kasihi ini. Pada ibu bapa dan para graduan semua yang saya hormati, semailah rasa kasih pada Alma Mater ini. Akhir sekali, marilah sama-sama kita jaga dan kita belai universiti ini. Inilah pusat ilmu, warisan bangsa kita. Inilah pusaka bangsa kita. Inilah lambang wadah pencarian ilmu. Inilah kota ilmu dan inilah benteng ilmu bagi bangsa kita. Semoga agenda murni universiti akan terus terpelihara dan berkekalan. Sekian, wassalam. |
---|