Kaedah pengajaran dan pembelajaran asas Jawi bagi kanak-kanak prasekolah / Norizan Mat Diah and Nor Azan Mat Zin
Kurangnya penggunaan tulisan Jawi dan tanggapan bahawa Jawi sukar dipelajari membuatkan generasi muda kini mula melupai tulisan ini. Kemahiran menulis Jawi bagi kanak-kanak sepatutnya bermula pada peringkat prasekolah. Kanak-kanak lingkungan usia ini boleh membentuk huruf asas Jawi dan juga mamp...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang & Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8910/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8910/1/AJ_NORIZAN%20MAT%20DIAH%20EAJ%2013.pdf |
Summary: | Kurangnya penggunaan tulisan Jawi dan tanggapan bahawa Jawi sukar
dipelajari membuatkan generasi muda kini mula melupai tulisan ini.
Kemahiran menulis Jawi bagi kanak-kanak sepatutnya bermula pada peringkat
prasekolah. Kanak-kanak lingkungan usia ini boleh membentuk huruf asas
Jawi dan juga mampu membaca sebahagian suku kata asasnya. Walaupun
tulisan Jawi telah lama wujud di negara kita, namun kajian mengenai proses
menulis huruf Jawi dan kaedah melatih kemahiran tersebut masih kurang.
Berpandukan kajian lepas berkaitan tulisan lain seperti tulisan Rumi, Cina dan
India, proses menulis huruf asas Jawi telah dapat dikenal pasti. Dapatan soal
selidik terhadap guru turut mengesahkan proses yang telah dikenal pasti.
Proses menulis huruf Jawi ialah menyurih, menyalin dan mencetak huruf.
Kaedah latihan pula adalah secara pengulangan, memberi maklum balas dan
aktiviti pengukuhan. Kesemua proses dan aktiviti yang dikenal pasti
merupakan elemen penting dalam pendidikan menulis huruf Jawi bagi kanakkanak
prasekolah. |
---|